Thursday, January 23, 2025

Kegagalan Mahathir Yang Tidak Boleh Diubah


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal memasuki seabad usianya tahun ini.

Dalam tempoh kerjaya politiknya, beliau pernah mencatat banyak pencapaian namun terdapat kegagalan besar Mahathir yang terus menjadi perdebatan sehingga ke hari ini.

Beberapa dasar dan pendekatan Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali telah meninggalkan kesan negatif yang mendalam kepada negara.

Dalam konteks politik semasa, walaupun Mahathir pernah berusaha untuk kembali menjadi Perdana Menteri, cita-cita tersebut adalah sesuatu yang tidak realistik lagi.
Sejak era pentadbirannya, Mahathir sering menekankan dan melaksanakan projek-projek bertaraf mega untuk memacu ekonomi negara.

Namun, pendekatan berkenaan lebih banyak mencetuskan kontroversi daripada menyelesaikan isu ketidakseimbangan ekonomi.

Amalan nepotisme menjalani kelaziman buat Mahathir.

Beberapa projek megara seperti Proton dan Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur dilihat lebih banyak memberi keuntungan kepada kroni Mahathir berbanding rakyat marhaen.

Zaman kini bagaimanapun lebih menekankan ekonomi digital, teknologi hijau dan pembangunan mampan.

Justeru, gaya kepimpinan Mahathir yang bergantung kepada ekonomi fizikal seperti projek mega, tidak lagi relevan.

Beliau tidak akan lagi mampu merangka dasar ekonomi yang sesuai dengan keperluan generasi masa kini.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420694/kronisme-ciptaan-dr-mahathir-lebih-teruk


Ketika Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri ke-7 pada usianya 93 tahun, beliau gagal untuk memenuhi janji menyerahkan tampuk pemerintahan kepada penggantinya.

Mahathir pernah berjanji untuk menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim namun gagal ditepati.

Selepas itu, berlaku peristiwa Langkah Sheraton pada 2020 di bawah pentadbiran Mahathir yang telah menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kestabilan politik negara berkurangan.

Cubaan Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, hanya menunjukkan ketamakan kuasa beliau.

Dalam politik moden yang lebih dinamik, rakyat telah menolak naratif lama yang tidak membawa perubahan sebenar kepada negara.

Keinginan Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri hari ini, hanyalah satu ilusi tanpa sokongan realiti politik semasa.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2022/06/03/bukan-salah-anwar-tapi-mahathir-mungkir-janji-saifuddin/


Kegagalan Mahathir untuk menghormati suara rakyat adalah satu lagi kelemahan besar dalam pentadbirannya.

Penahanan beramai-ramai di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Ops Lalang pada 1087 adalah bukti jelas beliau menggunakan kuasa untuk menutup kritikan daripada rakyat serta musuh politiknya.

Selain itu, media turut dikawal ketat dan kebebasan bersuara disekat.

Generasi hari ini menuntut reformasi institusi, kestabilan ekonomi yang mampan dan hak asasi manusia lebih baik.

Kesemua aspek itu adalah sesuatu yang tidak pernah menjadi keutamaan dalam pentadbiran Mahathir.

Mahathir cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang yang mengamalkan kepimpinan berbentuk demokrasi sewaktu menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Namun, pelbagai tindakannya semasa berkuasa seperti enggan memberikan bantuan kepada rakyat menunjukkan beliau sukar untuk berganjak daripada gaya kepimpinan autoritarianisme.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2021/10/27/34-years-after-ops-lalang-still-no-sincere-apology-by-dr-m/


Tuntasnya, Mahathir meninggalkan banyak jejak kegagalan yang tidak dapat diubah.

Pembangunan ekonomi yang tidak inklusif serta krisis politik akibat ketamakan dirinya sendiri, menunjukkan masa Mahathir dalam politik telah berlalu.

Mahathir tidak akan mampu mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri semula, apatah lagi membetulkan kegagalannya sebelum ini.

Memasuki usia 100 tahun, kini adalah masa untuk beliau bersara dengan maruah dan memberi peluang kepada generasi baharu mempin Malaysia.

Rakyat sudah bersedia bergerak ke hadapan dan Mahathir perlu menerima hakikat bahawa masanya sebagai ahli politik sudah berakhir.

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...