Friday, September 1, 2023

Enggan Bersara, Motif Sebenar Mahathir Diragui


Sejak kembalinya daripada persaraan pada 2017, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah dijulang sekejap sebagai wira rakyat kerana menggulingkan bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Rakyat pada masa itu melihat Mahathir sebagai calon tepat untuk menggantikan Najib yang terpalit dengan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh, sekali gus merupakan kali kedua Mahathir memegang jawatan berkenaan sejak bersara pada 2003.

Selama 22 bulan menjadi Perdana Menteri ketujuh, kredibiliti Mahathir diragui oleh kebanyakan pihak susulan beberapa langkah tidak masuk akal dilaksanakan oleh beliau.

Kemuncak kemarahan orang ramai terhadap Mahathir tercetus apabila beliau gagal melakukan pencegahan awal jangkitan Covid-19 dan digulingkan oleh sekutu politik menerusi ‘Langkah Sheraton’.

Meskipun digulingkan namun Mahathir terus aktif dalam dunia politik tempatan sehingga hari ini.

Apakah punca atau faktor beliau masih aktif dalam arena politik negara?

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/301107/ph-umum-dr-mahathir-calon-pm-ketujuh


Pada mulanya, Mahathir seolah-olah mahu melaksanakan gerakan reformasi untuk menjatuhkan kerajaan bagi mencapai demokrasi.

Namun, tindakan beliau yang bercanggah dengan demokrasi seperti penahanan aktivis politik semasa pemerintahannya, serta keputusan Mahathir untuk menubuhkan pelbagai parti baharu, telah menimbulkan keraguan berhubung komitmennya terhadap nilai-nilai reformasi.

Mahathir lebih dilihat mahu mengukuhkan legasinya dalam arena politik negara dan bukannya benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat.

Pandangan itu dibuktikan menerusi beberapa keputusan kerajaan di bawah pimpinan Mahathir selama 22 bulan yang cuba memansuhkan beberapa bantuan rakyat diberikan oleh kerajaan terdahulu.

Mahathir juga melakukan tindakan drastik memecat ribuan kakitangan lantikan politik berkuatkuasa serta-merta tanpa memberikan notis awal.

Status Mahathir pada awalnya diangkat sebagai wira rakyat telah beralih kepada individu paling dibenci oleh orang ramai sejak menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/05/16/pegawai-lantikan-politik


Para pengkritik politik turut mempersoalkan kewajaran Mahathir untuk terus berada dalam arena politik.

Ramai berpandangan keengganan Mahathir untuk bersara mempunyai kaitan dengan hasrat peribadinya iaitu memainkan peranan lebih dominan dalam pentadbiran negara sekali lagi.

Mahathir turut sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa semula. Perkara ini dibuktikan menerusi beberapa jalinan kerjasama Mahathir bersama parti-parti politik yang pernah ditentangnya dahulu seperti PAS.

Wujud spekulasi sama ada langkah-langkah yang diambil oleh Mahathir akan memberi manfaat kepada rakyat atau sekadar mahu mencetuskan pertikaian serta perpecahan dalam politik negara.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2023/05/03/pemimpin-pas-tandatangan-proklamasi-orang-melayu-depan-tun-m/


Terdapat juga pandangan Mahathir telah mencipta semula legasinya menerusi campur tangan beliau dalam politik negara.

Namun, banyak pihak menyifatkan campur tangan berkenaan tidak lebih daripada sekadar mahu menjaga kepentingan dan pengaruh politik beliau.

Ada pihak mendakwa Mahathir hanya mahu menjaga periuk nasi ahli keluarga dan kroninya.

Disebabkan faktor itu, Mahathir tidak kisah dilabel 'pemimpin tua tidak sedar diri' demi menjaga kepentingan peribadinya seperti didakwa oleh kebanyakan pihak.

Dakwaan itu dikukuhkan selepas Mahathir secara terang-terangan mengakui mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/222747/berita/politik/dr-mahathir-sedia-jadi-pm-kali-ketiga


Tuntasnya, keegganan Mahathir untuk bersara dari dunia politik telah mencetuskan polemik hangat dalam kalangan pengkritik.

Pengkritik meragui kesungguhan dan motif sebenar Mahathir serta impak pengaruh beliau dalam dunia politik pada masa kini.

Sama ada mencipta semula legasinya atau menghidupkan reformasi, Mahathir terus menjadi topik yang dibincangkan oleh orang ramai.

Namun, Mahathir harus menyedari bahawa dunia politik masa kini dan sentimen orang ramai sudah berubah.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...