Tuesday, February 20, 2024

Pulau Batu Puteh Bukan Sekadar Gugusan


Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Rafique Rashid mendakwa penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah bercirikan politik dan mahu memberi tekanan kepada anak guamnya.

Mahathir sebelum ini didakwa menjadi 'punca' terlepasnya Pulau Batu Puteh di tangan Singapura pada 2018.

Beliau memutuskan untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sewaktu menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Susulan itu, kerajaan Johor menggesa Kerajaan Persekutuan menyiasat kembali punca Mahathir bertindak sedemikian kerana Pulau Batu Puteh berkait dengan isu kedaulatan negara.

Maka, Kabinet bersetuju membentuk pasukan Petugas Khas bagi menyemak isu-isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh pada 29 Oktober tahun lalu.

SUMBER RUJUKAN: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/pulau-batu-putih-hairi-bidas-tun-m-jangan-berdolak-dalik/


Malaysia mempunyai sumber dan bukti kukuh berhubung pemilikan Pulau Batu Puteh.

Malaysia telah menghantar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan lima penyelidik ke London mulai Julai 2016 bagi menyemak lebih 3,000 dokumen yang baru dideklasifikasikan di Arkib Negara United Kingdom.

Susulan itu, Malaysia telah menemukan tiga dokumen baharu membuktikan bahawa British dan Singapura mengakui Pulau Batu Puteh bukanlah milik Singapura.

Dokumen itu sangat penting bagi Malaysia untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh daripada Singapura.

Mahathir juga tidak memberikan penjelasan tentang keputusannya menarik diri daripada prosiding ICJ secara mengejut walaupun mempunyai dokumen yang ampuh untuk melawan Singapura.

SUMBER RUJUKAN: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1056616/kerajaan-putuskan-tak-wajar-tarik-semakan-batu-puteh


Pulau Batu Puteh bukan sekadar sebuah gugusan tanah di tengah lautan tetapi merupakan lambang kedaulatan Malaysia sebelum ini.

Kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 2018 meninggalkan parut di hati rakyat Malaysia.

Singapura juga dilaporkan telah menjalankan kerja-kerja tambakan di sekitar Pulau Batu Puteh itu serta didakwa bakal menjadi pulau buatan manusia pada masa hadapan.

Langkah Singapura itu dikhuatiri memberi ancaman kepada Malaysia kerana pulau buatan manusia tersebut berkemungkinan menjadi sebuah pangkalan tentera laut negara berkenaan pada masa depan.

Walaupun saiz Pulau Batu Puteh hanya sebesar padang bola sepak, namun Singapura berkemungkinan boleh memperluaskan pulau buatan manusianya kepada 10 atau 20 saiz padang bola sepak.

SUMBER RUJUKAN: https://www.malaysiakini.com/letters/428115


Pulau Batu Puteh berada pada kedudukan amat strategik serta merupakan laluan utama antara timur dan barat melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Justeru, pulau berkenaan memiliki nilai ekonomi termasuk pengaruhnya terhadap laluan perkapalan dan potensi sumber semula jadi di kawasan sekitarnya.

Tidak hairan apabila para nelayan Malaysia menyifatkan kawasan sekitar pulau tersebut sebagai lubuk sumber pendapatan mereka sebelum ini.

Para nelayan bagaimanapun hanya dibenarkan melakukan aktiviti perikanan di kawasan Batuan Tengah dan Tubir Selatan sahaja kerana kedua-duanya diberikan kepada Malaysia.

Dengan menguasai Pulau Batu Puteh, Malaysia bukan sahaja mengukuhkan kedudukan wilayahnya tetapi juga potensi ekonomi maritim.

SUMBER RUJUKAN: https://newslab.malaysiakini.com/pulau-batu-puteh/ms/


Tuntasnya, Pulau Batu Puteh merupakan simbol kedaulatan yang 'diabaikan' oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk berjuang melindunginya.

Kes ini bukan sahaja memberi pengajaran kepada semua pihak tetapi turut menekankan kepentingan menjaga kedaulatan negara.

Setiap inci wilayah negara harus dipertahankan secara kolektif.

Pulau Batu Puteh menjadi cerminan generasi masa kini dan akan datang tentang betapa mahalnya kedaulatan negara dan keutusan wilayah sesebuah negara.

Maka, ketegasan dalam memperjuangkan hak negara perlu dilakukan bersama-sama agar tiada lagi kedaulatan negara terlepas begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...