Tuesday, June 4, 2024

Akses Sementara Pasport Syed Saddiq Diragui


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini diberikan akses sementara kepada pasportnya oleh Mahkamah Rayuan, bagi membolehkan beliau melakukan perjalanan ke Singapura dan Taiwan.

Syed Saddiq memohon pasport sementara untuk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada rakannya di Singapura dan menghadiri jemputan dari Taipei Economic and Cultural Office di Taiwan.

Menyingkap kembali kes Syed Saddiq, beliau disabitkan tujuh tahun penjara dan didenda RM10 juta serta dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap empat pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan dana dan pengubahan wang haram pada 9 November 2023.

Beliau kemudiannya membuat permohonan rayuan pada tarikh yang sama dan pengurusan kes telah ditetapkan pada 12 Julai.

Tindakan membenarkan pesalah seperti Syed Saddiq untuk memiliki akses sementara kepada pasport untuk tujuan seperti majlis perkahwinan harus dikritik kerana beberapa faktor.

Rujukan: https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/05/15/syed-saddiq-gets-temporary-release-of-passport-to-go-to-singapore-taiwan


Salah satu kebimbangan memberikan pasport sementara kepada pesalah seperti Syed Saddiq adalah risiko melarikan diri daripada menjalani sebarang hukuman yang dikenakan terhadap dirinya.

Sekiranya perkara berkenaan berlaku, maka mesej jelas akan dihantar kepada masyarakat bahawa pesalah yang berpengaruh seperti Syed Saddiq boleh mengelak dariapda menerima hukuman setimpal.

Kejadian melarikan diri kepada negara asing melibatkan pesalah jenayah di Malaysia, bukan kali pertama berlaku dan berisiko terjadi semula jika langkah seperti ini tidak dikekang sewajarnya.

Di samping itu, isu hubungan diplomatik juga perlu diambil kira sekiranya Syed Saddiq melarikan diri ke luar negara.

Seandainya Syed Saddiq melarikan diri ke negara yang enggan mengekstradisi beliau kembali ke Malaysia, maka negara akan terpalit impak negatif.

Jika hubungan Malaysia dan negara berkenaan retak atau goyah, maka kerajaan akan menjadi sukar untuk menyelesaikan isu diplomatik membabitkan kedua-dua pihak di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
Tindakan untuk memberikan pasport secara sementara kepada Syed Saddiq bagi tujuan menghadiri perkahwinan di luar negara adalah tidak relevan serta boleh menimbulkan ketidakadilan kepada pesalah jenayah lain.

Membenarkan permintaan untuk menghadiri majlis perkahwinan di luar negara adalah suatu tindakan yang mencetuskan persoalan tentang integriti sistem keadilan negara kita.

Situasi ini tidak hanya menimbulkan persepsi bahawa terhadap dwi standard dalam pelaksanaan undang-undang, tetapi memberi isyarat yang salah bahawa pesalah tertentu diberikan layanan istimewa berdasarkan status atau pengaruh mereka.

Ketidakadilan sebegini boleh menghakis kepercayaan masyarakat terhadap usaha keadilan dan kesamarataan di dalam undang-undang.

Lebih membimbangkan, kelonggaran ini boleh dijadikan sebagai contoh yang tidak sihat dalam sistem perundangan kita.

Pesalah jenayah lain mungkin akan menggunakan alasan yang sama untuk mendapatkan kelonggaran dan akhirnya memberi kesan negatif kepada usaha memerangi jenayah di negara ini.

Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-didapati-bersalah-tuduhan-pecah-amanah-salah-guna-harta-ubah-wang-haram-445320


Dalam kes melibatkan kesalahan serius seperti pecah amanah dan pengubahan wang haram, pengawasan mahkamah yang ketat adalah penting untuk memastikan bahawa pesalah tidak mempunyai peluang untuk memanipulasi bahan bukti atau saksi.

Memberikan pasport secara sementara untuk tujuan peribadi khususnya ke luar negara akan mengurangkan tahap pengawasan mahkamah dan boleh membuka ruang kepada potensi memanipulasi proses perbicaraan.

Justeru, mahkamah seharusnya lebih tegas dalam menapis permohonan mendapatkan passport secara sementara khususnya dalam hal yang tidak penting seperti majlis perkahwinan.

Syed Saddiq juga tidak memiliki sebarang kepentingan untuk ke luar negara selain urusan rasmi kerajaan, memandangkan status beliau sebagai pesalah jenayah dan hanya memegang jawatan Ahli Parlimen setakat ini.

Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/633790/berita/semasa/syed-saddiq-wakil-rakyat-pertama-dihukum-sebat


Tuntasnya, kebenaran akses sementara kepada pasport oleh mahkamah bagi tujuan menghadiri urusan kurang penting seperti majlis perkahwinan perlu dinilai semula agar perkara tersebut tidak dinormalisasikan.

Pesalah jenayah khususnya mereka yang berpengaruh seperti Syed Saddiq, sewajarnya tidak dibenarkan ke luar negara dalam sebarang keadaan.

Sekiranya gagal ditangani perkara ini dengan tegas, institusi kehakiman akan dipandang rendah kerana memberi keistimewaan kepada individu berpengaruh.

Hanya dengan memastikan semua individu menjalani proses undang-undang tanpa pengecualian, sistem keadilan dapat dikekalkan dengan efisien dan berkesan.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...