Saturday, September 28, 2024

Politik Usang Mahathir Halang Masa Depan Negara


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila beliau mendakwa bahawa negara ini hidup dalam ketakutan di bawah pemerintahan kerajaan semasa.

Mahathir mendakwa kerajaan mengamalkan tindakan tegas terhadap rakyat dalam pelbagai aspek.

Naratif dibawa oleh Mahathir bagaimanapun hanya mencetuskan persepsi buruk dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan.

Kenyataan Mahathir juga mencerminkan corak pemikiran beliau yang sering memanipulasi pemikiran rakyat untuk memenuhi agenda politik peribadinya.

Ironinya, Mahathir sendiri pernah memerintah Malaysia selama lebih daripada dua dekad dengan gaya kepimpinan yang keras serta bercorak kuku besi.
Persoalan yang timbul daripada kenyataan beliau adalah sama ada rakyat benar-benar dalam ketakutan atau sekadar naratif direka oleh Mahathir untuk melemahkan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan.

Naratif berbentuk ketakutan ini sebenarnya bertujuan untuk meracuni pemikiran rakyat supaya mereka meragui keupayaan kerajaan semasa dalam memerintah negara.

Mahathir tahu betapa kuatnya elemen persepsi rakyat dalam menentukan kelangsungan politik seseorang pemimpin atau kerajaan.

Justeru, beliau cuba menggunakan strategi berkenaan untuk melemahkan sokongan terhadap kerajaan, sekali gus mencipta imej bahawa hanya Mahathir yang mampu membawa negara ke arah lebih baik.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/222747/berita/politik/dr-mahathir-sedia-jadi-pm-kali-ketiga


Sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri, Mahathir terkenal dengan gaya kepimpinan autoritarian.

Beliau menggunakan kuasa eksekutif untuk memperkukuhkan kedudukannya dan sering kali mengetepikan prinsip-prinsip demokrasi yang sepatutnya melindungi kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Sebagai contoh, salah satu peristiwa yang mencerminkan kepimpinan kuku besi Mahathir ialah Operasi Lalang pada tahun 1987.

Operasi berkenaan menyebabkan lebih 100 aktivis, ahli politik pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penahanan tanpa bicara tersebut adalah manifestasi kekerasan Mahathir dalam mempertahankan kuasanya, sekali gus mencipta suasana ketakutan dalam kalangan rakyat.

Ironinya, Mahathir yang kini mendakwa rakyat takut di bawah kerajaan adalah pemimpin paling banyak menanam ketakutan dalam kalangan rakyat sewaktu memerintah negara.

Penggunaan media yang dikawal ketat, tindakan undang-undang terhadap pengkritik dan manipulasi sistem kehakiman adalah sebahagian daripada taktik beliau untuk mengekalkan kekuasaannya.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/703401


Mahathir sebenarnya hanya menjejaskan kestabilan politik dan sosial negara melalui naratif yang dibawanya itu.

Malaysia sedang melalui fasa yang mencabar dari segi ekonomi dan sosial. Kejayaan dalam membangunkan negara memerlukan perpaduan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.

Namun kenyataan Mahathir yang sering kali berbaur kontroversi hanya menambah kepada polarisasi dalam kalangan masyarakat.

Situasi berkenaan akan mengakibatkan kerajaan sukar untuk melaksanakan dasar-dasar yang penting untuk pembangunan negara.

Jika naratif sedemikian terus dimainkan, rakyat akan berbelah bahagi sama ada untuk menyokongan kerajaan atau figura politik veteran seperti Mahathir.

Perkara tersebut akan memperlahankan usaha pemulihan ekonomi selain mengancam kestabilan politik dalam jangka masa panjang.

SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/01/mahathir-seorang-suka-cari-perhatian-fahmi-fadzil/


Mahathir seharusnya sedar bahawa era kepimpinannya telah berakhir.

Sebaliknya, Mahathir terus mendominasi naratif politik, seolah-olah hanya beliau yang mempunyai formula untuk menyelamatkan Malaysia.

Kenyataan tentang rakyat hidup dalam ketakutan di bawah kerajaan baharu adalah contoh klasik beliau cuba mempengaruhi persepsi rakyat.

Walhal, hakikatnya rakyat Malaysia sedang bergerak ke arah pembangunan yang lebih inklusif dan demokratik.

Sebagai seorang yang pernah memerintah dengan gaya kuku besi, Mahathir seharusnya lebih memahami bahaya ketakutan yang beliau tanam dalam kalangan rakyat ketika memerintah.

Rakyat Malaysia memerlukan masa depan lebih cerah dan hanya boleh dicapai dengan menolak naratif lama yang tidak lagi relevan.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...