Wednesday, May 28, 2025

Pejuang Hanya Liabiliti


Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bakal umum kerjasama politik untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sendiri mengakui parti itu bukan parti besar, justeru perlu berbincang dengan parti-parti lain di Sabah untuk membentuk gabungan menjelang PRN berkenaan.

Menyingkap kembali rekod Pejuang dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, semua 42 calon Pejuang kalah teruk sehingga tiada satu pun deposit dipulangkan.

Begitu juga pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), parti itu menanggung kerugian besar apabila kesemua 117 calon parlimennya tewas dan kehilangan wang deposit.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2022/03/18/tun-m-akui-pejuang-kalah-teruk-tapi-masih-relevan/


Secara amnya, terdapat beberapa sebab kukuh mengapa parti-parti besar harus mengelak daripada bekerjasama dengan Pejuang.

Pertama, prestasi pilihan raya Pejuang yang teruk menunjukkan parti tersebut tidak membawa kelebihan undi yang signifikan.

Kedua, kredibiliti dan persepsi terhadap kepimpinan Pejuang amat meragukan.

Kepimpinan parti berkenaan yang dipimpin oleh Mukhriz, mengundang persepsi negatif bahawa Pejuang merupakan permainan politik peribadi keluarga Mahathir berbanding perjuangan ideologi.

SUMBER: https://premium.sinarharian.com.my/article/225681/fokus/semasa/selain-pejuang-ph-parti-kedua-tertinggi-hilang-deposit


Dari sudut strategi politik, bekerjasama dengan Pejuang berisiko besar kepada mana-mana parti.

Pejuang tidak mempunyai kekuatan jentera akar umbi yang tersusun.

Parti itu tidak menunjukkan kemampuan untuk menggerakkan sokongan secara menyeluruh, khususnya di negeri seperti Sabah yang mempunyai dinamik politik tersendiri dan sangat bergantung kepada isu tempatan.

Selain itu, Pejuang tidak mempunyai naratif politik yang segar atau konsisten.

Setakat ini, Pejuang gagal menunjukkan arah tuju mereka yang jelas kepada rakyat serta hanya menyuarakan pandangan terhadap isu yang 'terpilih' sahaja.

Pejuang juga sebelum ini lebih membawa naratif dendam politik ketika dipimpin oleh Mahathir.
PRN Sabah adalah medan yang sangat unik. Faktor lokaliti, kaum dan parti tempatan memainkan peranan besar.

Malah, parti-parti seperti Warisan dan GRS jauh lebih berpengaruh berbanding parti dari Semenanjung Malaysia, termasuk Pejuang.

Kemasukan Pejuang ke Sabah sama ada secara bersendirian atau sebagai sebahagian daripada kerjasama, bukan sahaja tidak menjanjikan kemenangan, malah berisiko memecahkan undi dalam kalangan parti pembangkang.

Kehadiran Pejuang juga mungkin mencetuskan sentimen penolakan terhadap ‘campur tangan Semenanjung Malaysia’ dalam politik Sabah.

Ini adalah realiti yang Pejuang harus hadam, sebelum berfikir untuk masuk bertanding atau meminta kerjasama politik daripada pihak yang lebih dominan di Sabah.
Dalam suasana politik negara yang sedang mencari kestabilan dan hala tuju baharu, kehadiran parti seperti Pejuang semakin tidak diperlukan.

Parti itu gagal menawarkan sesuatu yang baharu, relevan dan praktikal.

Kerjasama politik bukan jalan pintas untuk mengekalkan kelangsungan sesebuah parti, tetapi satu komitmen strategik yang memerlukan kepercayaan dan kekuatan masing-masing.

Jika Pejuang sendiri mengakui mereka kurang relevan, maka parti-parti lain juga perlu lebih berwaspada sebelum memberikan ruang kepada parti berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...