Wednesday, August 27, 2025

Aura Mahathir Tidak Seperti Dahulu


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini sekali lagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meletakkan jawatan.

Desakan itu dibuat selepas Mahathir mendakwa sekiranya pengampunan diraja yang diterima oleh Anwar pada 2018 didapati tidak sah.

Dakwaan berkenaan tercetus daripada tuntutan undang-undang oleh bekas menteri perpaduan P. Waythamoorthy yang mencabar status Anwar sebagai Perdana Menteri.

Mahathir sekali lagi mendakwa jika Anwar tidak layak, maka beliau perlu meletakkan jawatan.

SUMBER: https://harapandaily.com/2025/08/16/waytha-moorthy-alat-kepada-siapa-drama-politik-murahan-hina-perlembagaan/


Ironinya, pengampunan itu telah diluluskan melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Malahan, Mahathir sendiri turut hadir dan bersetuju tentang pengampunan tersebut.

Peguam Negara turut menegaskan bahawa sesiapa pun tidak wajar memberi maklumat yang boleh mengelirukan tentang status pengampunan tersebut.

Maka, apakah agenda yang sedang dimainkan oleh Mahathir ketika ini?

Adakah itu satu usaha serius untuk memperbetulkan undang-undang negara atau agenda peribadi yang tersembunyi di sebalik desakan berkenaan?

SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/06/04/agc-denies-anwars-pardon-was-invalid-rebuts-mahathirs-claims-as-misleading


Sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri pada usia 92 tahun.

Ketika itu, Mahathir disambut dengan penuh harapan oleh rakyat dan dijulang sebagai 'penyelamat'.

Namun sekarang, rakyat tidak lagi memberikan sokongan yang sama terhadap Mahathir.

Bahkan, himpunan 'Turun Anwar' yang dianjurkan oleh Mahathir pada Julai 2025 hanya disertai lebih kurang 18,000 peserta.

Generasi muda pada masa kini khususnya lebih pentingkan kestabilan ekonomi, kepimpinan yang efektif dan agenda masa depan negara yang sistematik serta teratur.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/07/25/himpunan-turun-anwar-bukan-untuk-rakyat-tapi-dendam-pembangkang-terhadap-pm-fakharuddin/


Mahathir cuba mencetuskan naratif dengan mendakwa kerajaan telah melaksanakan kawalan politik tidak demokratik, mengeksploitasi institusi pentadbiran dan mengabaikan reformasi.

Namun, tuduhan konspirasi seperti ini kian dilihat sebagai teknik politik yang lapuk.

Malahan, strategi itu sudah tidak relevan dalam era media sosial dan politik yang makin matang hari ini.

Buktinya mudah, jika rakyat benar-benar terpengaruh dengan agenda Mahathir, mereka mungkin akan turun beramai-beramai dalam himpunan itu dan angkanya berkemungkinan lebih tinggi.

Tetapi jumlah kehadiran yang tidak sampai 20,000 orang menunjukkan hanya sedikit rakyat yang terpengaruh dengan agenda peribadi Mahathir.

Ini membuktikan bahawa mimpi Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi adalah naratif yang dibina olehnya sendiri, bukannya atas kehendak rakyat.

SUMBER: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2446323


Tuntasnya, Mahathir sekali lagi gagal menyesuaikan diri dengan realiti baharu politik dan keperluan rakyat.

Sekiranya Mahathir benar-benar ingin menyumbang kepada negara, sudah tiba masanya untuk mendengar suara generasi baharu.

Beliau tidak sepatutnya mengulang naratif lama yang hanya mengganggu kestabilan politik negara.

Biarlah rakyat menilai legasi Mahathir dengan cara terhormat.

Kalau Mahathir terus menggunakan naratif seperti ini, beliau hanya akan dianggap sebagai pemimpin yang obses untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...