Wednesday, September 17, 2025

Mahathir Beban Kestabilan Politik Negara


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Namun, di sebalik gelaran itu, tidak dapat dinafikan bahawa gaya kepimpinan beliau juga mempunyai sisi gelapnya.

Mahathir mengamalkan gaya kepimpinan penuh taktik licik, ala Niccolo Machiavelli, yang lebih mementingkan kuasa daripada kestabilan negara.

Dalam falsafah Machiavelli, matlamat menghalalkan cara iaitu apa sahaja boleh dilakukan demi mengekalkan kuasa, walaupun mengorbankan janji, prinsip atau kestabilan negara.

Jika kita meneliti sejarah politik Malaysia, Mahathir paling ketara mengamalkan gaya kepimpinan sedemikian.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/11/dr-m-lebih-machiavelli-daripada-machiavelli


Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah antara peristiwa yang menyaksikan Mahathir menunjukkan gaya kepimpinan Machiavelli.

Ketika itu, Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh tertentu.

Namun, janji tersebut tidak pernah ditunaikan.

Sebaliknya, Mahathir terus berdolak-dalik, memberi alasan bahawa Anwar 'perlu menunggu' atau 'belum bersedia'.

Langkah berkenaan mencetuskan kekecewaan dalam kalangan penyokong PH sendiri, seterusnya menanam benih ketidakstabilan politik yang akhirnya menyebabkan kerajaan itu tumbang pada Februari 2020.

Krisis itu bukan sahaja merosakkan kepercayaan rakyat terhadap Mahathir, tetapi juga menjejaskan keyakinan para pelabur terhadap kestabilan politik Malaysia.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/623472


Gaya politik Mahathir juga sinonim dengan strategi 'pecah dan perintah'.

Sepanjang dua era kepimpinannya, Mahathir sering mewujudkan blok politik kecil yang saling bersaing untuk memastikan kedudukan beliau tidak tergugat.

Pada era 1980-an dan 1990-an, Mahathir terkenal kerana melemahkan beberapa pesaing politiknya dalam UMNO seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam.

Mahathir sekali lagi menggunakan taktik sama pada era pasca-PRU-14 apabila menyokong pihak tertentu dan kemudiannya beralih arah apabila kepentingan dirinya terancam.

Kesannya, politik Malaysia menjadi tidak stabil, penuh dengan episod 'lompat parti' dan perebutan kuasa yang tiada penghujung.

SUMBER: https://harapanmadani.com/strategi-pecah-dan-perintah-taktik-lapuk-yang-takkan-berjaya-lagi/


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mahathir juga semakin lantang memainkan naratif Melayu.

Beliau mendakwa orang Melayu kini 'hilang kuasa' dan 'terancam', meskipun realitinya Perdana Menteri hari ini juga seorang Melayu.

Ironinya, sepanjang 22 tahun pertama beliau memimpin negara, jurang ekonomi Melayu dan Bumiputera dengan kaum lain tidak banyak berubah.

Kini, Mahathir kembali mengasaskan pelbagai 'gerakan Melayu' seperti Gerakan Tanah Air dan Proklamasi Orang Melayu namun semuanya gagal mendapat sokongan luas.

Penggunaan sentimen perkauman ini jelas merupakan salah satu taktik Machiavelli iaitu menimbulkan rasa takut demi mendapatkan kesetiaan rakyat.

Namun, strategi tersebut semakin ditolak kerana rakyat, khususnya generasi muda yang lebih mengutamakan isu kos sara hidup, pekerjaan dan integriti kepimpinan berbanding retorik kaum.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/659484


Tuntasnya, gaya kepimpinan Machiavelli yang beliau amalkan seperti janji yang tidak ditunaikan, retorik perkauman serta strategi pecah dan perintah telah menjadi faktor utama ketidakstabilan politik negara.

Apa yang beliau anggap sebagai 'strategi' sebenarnya adalah beban yang masih membayangi Malaysia hingga kini.

Jika benar Mahathir mahu terus menyumbang kepada negara, sudah tiba masanya untuk beliau meninggalkan politik kuasa dan memberi laluan kepada generasi baharu.

Negara memerlukan kestabilan, bukan lagi permainan licik seorang ahli politik veteran yang enggan melepaskan cengkaman kuasanya.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...