Wednesday, November 19, 2025

Mahathir Cenderung Kritik Orang Lain



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa PAS memilih untuk tidak menamakan calon perdana menteri mewakili parti itu kerana sedar statusnya yang belum mempunyai sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Mahathir mendakwa PAS tidak yakin untuk menang di luar kawasan tradisi mereka di Pantai Timur, khususnya Putrajaya.

Dakwaan itu bagaimanapun hadir daripada seorang pemimpin politik yang sudah dua kali diberikan mandat sebagai Perdana Menteri namun meninggalkan rekod peralihan kuasa yang gagal, perebutan jawatan dan episod perpecahan politik yang masih menghantui negara hingga kini.

Mahathir seolah-olah merendahkan sekutunya iaitu PAS dan cuba mengangkat dirinya sebagai calon Perdana Menteri buat kali ketiga.

SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/403102



Ini bukan kali pertama Mahathir menunjukkan kecenderungan untuk memperkecilkan sekutu politiknya.

Sewaktu bersama Pakatan Harapan (PH) selepas PRU-14, beliau pernah menangguhkan keputusan peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun perkara berkenaan adalah persetujuan bersama ketika itu.

Pada masa itu, Mahathir mengangkat dirinya sebagai satu-satunya tokoh yang 'layak' memimpin negara meskipun rakyat menginginkan perubahan kepimpinan baharu.

Kini, strategi sama seolah-olah berulang semula.

Mahathir cuba meremehkan kekuatan sekutu politiknya bagi melonjakkan 'saham' dirinya masih relevan sebagai calon Perdana Menteri.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/623472



Kenyataan Mahathir tersebut seolah-olah mencipta persepsi bahawa tanpa dirinya, mana-mana parti, termasuk PAS, tidak cukup kuat untuk menguruskan negara.

Hakikatnya, rekod negara di bawah pemerintahan beliau sendiri sebanyak dua kali bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan kayu ukur kejayaan.

Ketika menjawat jawatan Perdana Menteri buat kali kedua (2018–2020), negara menyaksikan antara fasa paling tidak stabil dalam sejarah politik moden Malaysia.

Rakyat terpaksa menyaksikan berlakunya kegagalan mengurus isu peralihan kuasa secara tersusun; perpecahan Bersatu kepada beberapa puak; runtuhnya kerajaan PH dan lahirnya politik lompat parti yang berlarutan selama hampir empat tahun.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-politik/punca-utama-kejatuhan-ph-sebab-dr-mahathir-letak-jawatan-tanpa-berbincang-shamsul-iskandar-281507



Kenyataan Mahathir memberi gambaran jelas bahawa beliau masih mahu dilihat sebagai calon yang lebih layak berbanding pemimpin lain, termasuk daripada PAS.

Naratif ini pernah dimainkan sewaktu beliau melancarkan Gerakan Tanah Air (GTA) dan Pejuang.

Namun, kedua-dua gerakan itu gagal memperoleh sokongan signifikan pada PRU-15.

Keputusan PRU berkenaan adalah antara mesej paling jelas bahawa rakyat tidak lagi melihat Mahathir sebagai figura yang mampu membawa masa depan politik Malaysia.

Mahathir tampak masih berusaha menghidupkan kembali imej lamanya sebagai 'penyelamat' politik negara.

Imejnya itu bagaimanapun semakin lapuk dek kerana penolakan rakyat yang sudah semakin muak dengan gaya kepimpinan kuku besi Mahathir.

SUMBER: https://malaysiabangkit.com/tun-mahathir-sudah-tidak-relevan-lagi-dalam-politik-syed-badli/



Tuntasnya, dalam politik hari ini, rakyat semakin bijak untuk menilai.

Negara memerlukan pemimpin yang mampu menggabungkan semangat kerjasama antara ahli politik.

Mahathir pula kerap mewujudkan imej beliau suka memburukkan sekutu politiknya agar tampak kekal relevan dan tanpa dirinya, negara akan mundur.

Rekodnya sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali sudah cukup menceritakan segala-galanya.

Kestabilan politik adalah sangat penting buat Malaysia namun individu seperti Mahathir terus menjadi batu penghalang kepada usaha itu. 

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...