Friday, February 27, 2026

MUDA Ditolak Golongan Belia

Baru-baru ini, berita tentang pembubaran cawangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Kluang, Johor telah mencetuskan persoalan mendalam tentang masa depan parti tersebut.

Lebih daripada 100 ahli, termasuk ketua cawangan, Shikh Mohd Farkhann telah meninggalkan MUDA dan menyertai sayap Pemuda UMNO.

Berita itu menandakan runtuhnya parti berkenaan di kawasan tersebut setelah hampir setahun tidak aktif.

Namun, berita terbabit bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan MUDA sebelum ini berdepan situasi sama di beberapa negeri.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1506236/muda-kluang-berkubur-ketua-dan-100-ahli-keluar-parti-sertai-umno

Sebagai parti yang ditubuhkan dengan matlamat untuk mewakili suara generasi muda, MUDA kelihatan seperti kapal yang karam apabila semakin ramai meninggalkan entiti tersebut.

Masalah mula timbul apabila pengasas MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disabitkan kesalahan penyalahgunaan dana parti dan pengubahan wang haram pada 2023.

Krisis itu membawa kepada peletakan jawatannya dalam MUDA dan Amira Aisya Aziz bertindak sebagai pemangku Presiden.

Kehilangan Syed Saddiq meninggalkan kekosongan yang besar kerana MUDA terlalu bergantung kepada beliau sebelum itu.

Ahli-ahli MUDA mula menunjukkan rasa tidak puas hati tentang arah tuju parti berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, keadaan parti itu bertambah buruk apabila Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi meletakkan jawatan pada 2025.

Peletakan jawatan tersebut bukan sahaja menjejaskan operasi parti, tetapi turut menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli-ahli tentang kestabilan MUDA sebagai platform politik.

SUMBER: https://harapandaily.com/2025/06/27/amir-hadi-sahkan-sudah-letak-jawatan-sua-muda-atas-alasan-peribadi/

Shikh dalam kenyataannya mengatakan bahawa hala tuju MUDA semakin tidak jelas dan persepsi pengundi muda terhadap parti itu adalah negatif memandangkan entiti terbabit tidak memiliki pendirian konsisten.

Beliau juga menjangkakan MUDA akan menghadapi kesukaran untuk bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pemerhati politik turut meramalkan MUDA akan berdepan cabaran untuk memastikan parti itu terus relevan dalam mendepani PRU-16 kelak.

Antara krisis dihadapi oleh MUDA ketika ini adalah kurangnya pengalaman dalam kepimpinan parti.

Kebanyakan pemimpin MUDA terdiri daripada golongan muda yang bersemangat tetapi kurang berpengalaman.

Selepas Syed Saddiq meletakkan jawatan, Amira Aisya cuba menstabilkan parti itu namun kegagalan menyelesaikan isu-isu dalaman menyebabkan ramai ahli-ahli meletakkan jawatan.

SUMBER: https://x.com/NewsBFM/status/2019739112912355330

MUDA gagal menjadi platform yang boleh dipercayai untuk golongan muda meneruskan kerjaya politik mereka.

Parti itu pernah menjanjikan ruang untuk anak muda berpolitik tanpa campur tangan parti tradisional, namun realitinya mereka gagal.

Peletakan jawatan Amir Hadi memberi bayangan bahawa beliau juga seolah-olah tidak yakin dengan masa depannya dalam parti itu.

Tambah memburukkan keadaan, MUDA sudah kehilangan daya tarikan dalam kalangan pengundi muda.

Situasi itu bertentangan dengan matlamat asal MUDA iaitu menjadi suara bagi generasi baharu.

Sebaliknya, parti-parti seperti Pakatan Harapan dan UMNO menawarkan struktur yang lebih stabil dan peluang untuk meneruskan kerjaya politik.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/07/07/unhappy-muda-members-even-have-trouble-leaving-party

Tuntasnya, MUDA dilihat semakin menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka tidak akan bertahan lama.

Bagi generasi muda, parti politik seperti MUDA tidak mampu menyediakan sumber dan platform yang stabil untuk berpolitik.

Peletakan jawatan secara beramai-ramai di Kluang baru-baru ini adalah bukti bahawa ramai yang kini memilih parti lebih mampan untuk meneruskan kerjaya mereka.

MUDA bukan lagi simbol harapan, tetapi menjadi contoh bagi parti baharu iaitu tanpa asas kukuh, sesebuah entiti politik boleh runtuh di bawah tekanan politik.

No comments:

Post a Comment

Pejuang and Bersatu Need to Move Away From Mahathir-style

There is something almost ritualistic about Malaysian political crises. Senior leaders get expelled. Mediation is proposed. Elder statesmen ...