Monday, May 8, 2023
Kenyataan Kontroversi Mahathir Sepanjang Kariernya
Karier politik Tun Dr Mahathir Mohamad penuh dengan kisah yang boleh dijadikan sebagai trilogi memoir.
Memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali dan masih bertahan dalam arena politik pada usianya hampir 100 tahun, bukan sesuatu yang pernah dicapai oleh mana-mana ahli politik lain.
Namun, Mahathir tidak terlepas daripada kritikan dan kecaman sepanjang karier politiknya.
Apatah lagi, kritikan itu dilemparkan apabila Mahathir mengeluarkan komen kontroversi yang cuba mengganggu gugat kestabilan kaum dan agama di Malaysia.
Sumber: https://mykmu.net/2021/11/26/bekas-pm-kata-melayu-malas-sedangkan-nelayan-keluar-sebelum-maghrib-balik-subuh-ismail/
Pada tahun 1970, Mahathir pernah menulis sebuah buku berjudul 'Dilema Melayu'.
Dalam buku berkenaan, Mahathir mendakwa masyarakat Melayu sememangnya kurang berdaya saing berbanding kumpulan etnik lain.
Mahathir turut mendakwa masyarakat Melayu memerlukan dasar tindakan afirmatif untuk berdiri sama tinggi dengan kumpulan etnik lain.
Selepas itu, Mahathir kerap kali memainkan sentimen seperti Melayu malas dan Melayu hanya pandai makan gaji sahaja.
Serangan terhadap masyarakat Melayu itu menyebabkan komuniti etnik itu merasakan Mahathir 'pilih kasih' serta hanya 'melancarkan perang' terhadap mereka.
Meskipun Mahathir berkali-kali mengatakan beliau sayangkan masyarakat Melayu, namun naratif itu tidak mendapat sokongan jitu daripada komuniti berkenaan.
Sumber: https://ismaweb.net/2022/09/25/tun-m-minta-maaf-pernah-kata-melayu-malas/
Sebelum ini, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Malaysia adalah minoriti yang kaya dan berjaya yang sepatutnya tidak terlibat dalam politik.
Beliau mendakwa komuniti Cina hanya akan menyokong sesebuah parti politik sekiranya menguntungkan bangsa mereka.
Selain itu, kenyataan Mahathir tentang penggunaan 'chopstick' dalam kalangan orang Cina turut mengundang kemarahan para pemimpin Cina negara ini.
Beliau mendakwa komuniti Cina tidak menyesuaikan diri dengan cara orang Malaysia makan menggunakan tangan sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan kaum.
Para pemimpin Cina menegaskan kenyataan seumpama itu adalah berbaur 'serangan dan tidak berpaksikan fakta yang sebenarnya'.
Sumber: https://www.channelnewsasia.com/asia/mahathir-chopsticks-chinese-malaysians-hands-lim-guan-eng-simplistic-offensive-2376401
https://www.malaysiakini.com/news/602745
Bukan sahaja kaum Melayu dan Cina, Mahathir juga pernah mencetuskan kontroversi serta kecaman dalam kalangan masyarakat India.
Pada 2019, Mahathir didakwa pernah mengeluarkan perkataan kurang sesuai terhadap kaum India ketika isu Lynas.
Kata-kata itu menyebabkan beberapa ahli politik India membuat laporan polis terhadap Mahathir.
Meskipun Mahathir menafikan kata-kata itu ditujukan kepada mana-mana pihak, namun penggunaan perkataan yang kurang sesuai mengundang kemarahan masyarakat India.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/ph-semakin-tenat-hilang-sokongan-kaum-india-216544
Tuntasnya, kenyataan Mahathir telah mencetuskan persepsi bahawa beliau adalah tokoh politik yang kontroversi apabila melibatkan isu kaum di Malaysia.
Kenyataannya itu memberikan beberapa kesan negatif secara kolektifnya.
Pertama, kenyataan berbaur perkauman meningkatan ketegangan antara kumpulan etnik yang berbeza di negara ini dan menimbulkan rasa kurang percaya antara satu sama lain.
Kedua, imej Malaysia di peringkat antarabangsa tercalar kerana kenyataan Mahathir dilihat sebagai memecahbelah dan diskriminasi perkauman.
Ketiga, situasi pergolakan sosial antara kaum di Malaysia akan menjejaskan usaha ke arah kemajuan masyarakat yang lebih harmoni dan saksama.
Mahathir perlu sedar bahawa kenyataan kontroversi berbaur perkauman menyukarkan komuniti di Malaysia mencari titik persamaan dan bekerjasama ke arah matlamat sama dalam memajukan negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment