Thursday, May 4, 2023
Langkah Kurang Tepat Syed Saddiq Tangani Rasuah
Sepanjang karier politiknya, salah satu isu yang sering dibangkitkan oleh ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah rasuah.
Kebimbangan itu wajar dirasai, bukan sahaja oleh Syed Saddiq malahan semua pihak di negara ini.
Menurut Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2022, Malaysia merosot satu mata dari 48 mata pada 2021 kepada 47 mata pada 2022.
Namun, sebagai seorang pemimpin muda dan bersemangat tinggi, Syed Saddiq dikritik kerana mengambil langkah kurang tepat dalam memperjuangkan isu rasuah.
Malahan, tindakannya juga dikritik oleh kebanyakan pihak dan disifatkan sebagai kurang matang.
Syed Saddiq kerap mengkritik kerajaan terdahulu atau segelintir pihak yang didakwa mengambil rasuah.
Malangnya, Syed Saddiq tidak pernah menunjukkan sebarang bukti yang kukuh untuk menguatkan dakwaannya.
Terdapat pengkritik atau pemerhati politik menganggap Syed Saddiq hanya berniat untuk menyerang pihak tertentu atas dasar kepentingan politik peribadi.
Mereka juga merasakan Syed Saddiq perlu lebih terbuka dan jelas dalam menyediakan bukti serta fakta relevan untuk menangani isu rasuah.
Syed Saddiq pernah terpalit dengan kes saman terhadap dirinya apabila mengaitkan seorang ahli perniagaan, Habibul Rahman Kadir Shah dengan isu rasuah.
Namun, ahli perniagaan berkenaan menegaskan dakwaan Syed Saddiq mengandungi unsur-unsur fitnah dan membawa kes itu ke mahkamah.
Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/businessman-files-application-strike-out-syed-saddiqs-counterclaim-defamation-suit
Selain itu, Syed Saddiq disifatkan hanya pandai mengkritik namun gagal memberikan alternatif tindakan yang jelas dalam menangani isu rasuah.
Sehingga kini, tiada solusi yang konkrit dibentangkan oleh Syed Saddiq.
Pemerhati politik menganggap kritikan sahaja tidak cukup untuk mengatasi sebarang isu di negara ini, waima rasuah sekalipun tetapi ahli politik wajar memberikan solusi terbaik untuk dibincangkan khususnya di dalam Parlimen.
Perkara itu membuatkan Syed Saddiq dilihat tidak agresif dan pasif dalam memperjuangkan isu rasuah.
Namun, sebaliknya, mereka melihat naratif rasuah adalah retorik semata-mata yang cuba 'dijaja' oleh Syed Saddiq bagi menarik perhatian orang ramai.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/saya-tidak-akan-bekerjasama-dengan-perasuah-syed-saddiq-232114
Paling membingungkan tentang perjuangan Syed Saddiq menentang rasuah adalah beliau sendiri terpalit dengan skandal pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Sebagai seorang ahli politik, Syed Saddiq mempunyai tanggungjawab besar untuk memimpin, memperjuangkan kepentingan rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Amat penting bagi seorang ahli politik seperti Syed Saddiq untuk berpegang pada kata-katanya yang mahu memperjuangkan isu rasuah kerana kata-kata yang diucapkan boleh memberi kesan besar kepada masyarakat dan negara.
Maka, kejujuran, integriti dan konsistensi dalam kata-kata dan tindakan seorang ahli politik penting untuk memperoleh kepercayaan rakyat dan mempertahankan kredibiliti sebagai wakil rakyat.
Kegagalan berbuat demikian memberi impak buruk kepada Syed Saddiq terutamanya dari segi imej, kepercayaan dan sokongan terhadap beliau.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/842005/syed-saddiq-didakwa-pecah-amanah-salah-guna-wang
Tuntasnya, kebanyakan pihak melihat Syed Saddiq sebagai ahli politik yang kurang agresif dalam memperjuangkan isu negara khususnya rasuah.
Tanpa sebarang cadangan solusi yang konkrit, kritikan yang dilontarkan oleh Syed Saddiq hanya 'kosong'.
Penglibatan Syed Saddiq dalam kes pecah amanah dan pengubahan wang haram turut menjejaskan imejnya sebagai ahli politik yang sebelum ini lantang memperjuangkan isu rasuah.
Syed Saddiq wajar membersihkan namanya terlebih dahulu sebelum membicarakan sebarang perkara tentang rasuah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment