Monday, June 5, 2023

Hipokrasi Mahathir Harus Dihentikan


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang memperjuangkan naratif Melayu melalui Proklamasi Melayu.

Beberapa pemimpin politik seperti Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Annuar Musa turut mengadakan pertemuan dengan Mahathir bagi membincangkan soal proklamasi berkenaan.

Namun pengkritik politik menyifatkan tindakan Mahathir menganjurkan Proklamasi Melayu itu hanya sekadar 'mitos'.

Mereka mengatakan Mahathir sebenarnya punca perpecahan kaum Melayu sejak sekian lama.

Mahathir didakwa mengetepikan sentimen orang Melayu ketika menjadi Perdana Menteri dan menggunakan retorik orang Melayu untuk meraih sokongan serta menjatuhkan kerajaan ketika ini.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/proklamasi-melayu-tanda-tun-m-pernah-pinggir-melayu/


Hipokrasi Mahathir tentang perjuangan untuk orang Melayu perlu dihentikan dan langkah itu perlu bermula dalam kalangan komuniti Melayu.

Komuniti Melayu perlu membina solidariti antara mereka terlebih dahulu.

Tanpa solidariti yang utuh, sebarang bentuk perjuangan atau desakan terhadap golongan atasan seperti Mahathir sukar untuk berjaya.

Ketika ini, solidariti dalam kalangan Melayu tidak sehaluan khususnya dalam isu politik.

Situasi ini boleh dilihat apabila terlalu banyak parti Melayu tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Itu menandakan solidariti dalam kalangan Melayu masih lemah dan perkara tersebut perlu diperbetulkan terlebih dahulu untuk menentang Mahathir.

Komuniti Melayu juga perlu lantang menyuarakan kritikan terhadap pemimpin politik seperti Mahathir.

Banyak platform boleh digunakan bagi membantah tindakan Mahathir yang seolah-olah menggunakan nama Melayu untuk kepentingan peribadi.

Naratif Mahathir boleh dikritik secara fakta dan statistik tanpa menimbulkan sebarang fitnah.

Platform seperti TikTok, YouTube dan Facebook boleh digunakan secara meluas untuk menentang perjuangan berbentuk 'omong kosong' Mahathir.

Meskipun ada pengkritik politik di negara ini, namun suara kritikan dalam kalangan Melayu perlu diperkukuhkan lagi supaya Mahathir sedar bahawa perjuangannya itu tidak mendapat sokongan daripada kaum Melayu sendiri.

Kaum Melayu juga perlu sehaluan dalam memilih seorang pemimpin Melayu yang mampu menentang suara Mahathir.

Ketika ini, sokongan kaum Melayu berbelah bahagi dan disifatkan belum kukuh menyokong mana-mana pemimpin Melayu.

Disebabkan faktor itu, Mahathir masih terus menggunakan naratif perjuangan Melayu untuk 'membasuh minda' orang Melayu.

Jika orang Melayu dapat bersatu hati dan memilih seorang pemimpin yang lantang menangkis sebarang cubaan bersifat buruk Mahathir, maka Mahathir berkemungkinan besar tidak mampu menggunakan naratif sama pada masa hadapan.

Parti Melayu juga perlu bergabung dalam satu payung yang sama bagi membolehkan usaha ini dapat berjalan dengan lancar.

Orang Melayu perlu bangkit dalam menentang sebarang tindakan yang sebenarnya hanya mencetuskan sentimen perkauman oleh pemimpin politik seperti Mahathir.

Sudah tiba masanya orang Melayu mengatakan kepada Mahathir bahawa beliau tidak lagi menerima sokongan orang Melayu.

Banyak peluang sudah diberikan oleh orang Melayu kepada Mahathir namun disia-siakan selama beberapa dekad.

Orang Melayu perlu menyedarkan Mahathir bahawa peluang diberikan kepada beliau sudah tamat dan terlambat.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...