Saturday, June 24, 2023

Kegagalan Syed Saddiq Tunai Janji Politik & Langgar Ideologi


Kepercayaan rakyat adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan seseorang pemimpin politik.

Pemimpin yang dilabel sebagai berjaya adalah mereka yang mampu menunaikan janji politik serta mempertahankan nilai ideologi masing-masing.

Namun, berlainan pula dengan ahli Parlimen Muar merangkap Presiden parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ramai pihak menyifatkan Syed Saddiq gagal menunaikan janji politik serta mengkhianati ideologi yang diperjuang oleh beliau.

Syed Saddiq dianggap sebagai pemimpin yang tidak mampu menunaikan janji politik mereka.

Antara janji politik yang pernah ditabur oleh Syed Saddiq adalah mahu membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Malangnya janji hanya tinggal janji. Rakyat Malaysia lebih berminat untuk bekerja di Singapura kerana penawaran gaji yang lebih lumayan berbanding di negara ini.

Syed Saddiq turut pernah berjanji untuk membina 1,000 buah rumah mampu milik untuk penduduk di Muar.

Namun, rumah yang dijanjikan masih tiada bayang dan janjinya itu masih dituntut oleh penduduk Muar sehingga ke hari ini.

Kegagalan demi kegagalan untuk menunaikan janji menyebabkan pengkritik politik berpandangan bahawa Syed Saddiq gagal memberikan perubahan yang nyata serta memenuhi harapan rakyat.

Syed Saddiq sebelum ini memperjuangkan ideologi reformasi dalam politik Malaysia khususnya apabila beliau menubuhkan MUDA.

MUDA bagaimanapun gagal menyerlahkan ideologi berkenaan dan Syed Saddiq turut mengambil keputusan yang bertentangan dengan ideologi reformasi.

Beliau dilihat membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik peribadinya dan tidak konsisten dalam memperjuangkan isu-isu utama negara.

Ada ketikanya, Syed Saddiq akan 'menyerang' pihak A dan ada masanya, beliau akan 'menyerang' pihak B. Serangan itu berbentuk rawak dan lebih bersifat 'individu'.

Syed Saddiq perlu menekankan lebih jelas bentuk reformasi yang mahu dibawa oleh beliau dan partinya kerana sehingga kini, ramai merasakan ideologi itu gagal.

Syed Saddiq sebelum ini pernah diberi harapan oleh rakyat untuk memperjuangkan keadilan sosial, merapatkan jurang perkauman dan menggalakkan keharmonian antara kaum di negara ini.

Namun, Syed Saddiq telah menghancurkan harapan berkenaan khususnya melibatkan beberapa isu kontroversi melanda beliau.

Antara isu yang popular melibatkan Syed Saddiq berlaku pada tahun ini, apabila beliau menyuruh semua ahli MUDA beragama Islam melawat rumah ibadah agama lain.

Tindakan itu mendapat tentangan daripada mufti yang menegaskan umat Islam yang tiada kepentingan dan keperluan dilarang menziarahi rumah ibadat bukan Islam kerana dibimbangi terpesong akidah jiak tiada ilmu serta iman.

Perbuatan itu bukan sahaja mencetuskan retorik perkauman malahan berisiko menimbulkan perpecahan selain mewujudkan perasaan tidak selesa dalam kalangan rakyat negara ini.

Syed Saddiq sewajarnya perlu mengambil langkah lebih pasif khususnya dalam isu yang sensitif seperti hal perkauman.

Tindakan sedemikian memberi gambaran bahawa Syed Saddiq bukan individu yang mampu menggalakkan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Tuntasnya, kegagalan Syed Saddiq dalam menunaikan janji politik serta melanggar ideologinya telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Ketidakmampuan Syed Saddiq untuk memenuhi harapan rakyat serta mengambil keputusan yang kontroversi telah merosakkan imej beliau sebagai pemimpin politik.

Kepercayaan rakyat adalah aset paling berharga dalam politik dan Syed Saddiq gagal meraih kepercayaan rakyat, sekali gus tidak layak untuk menerajui negara.

Adalah penting untuk Syed Saddiq menilai semula pendekatannya dan melaksanakan perubahan yang dijanjikan bagi memulihkan keyakinan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...