Friday, July 28, 2023
Mahathir Tidak Perlu Cari Salah Orang
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengecam Kerajaan Perpaduan yang didakwa gagal memenuhi harapan rakyat meskipun menerajui negara sejak enam bulan lalu.
Ujar Mahathir, negara masih dibelenggu masalah dari segi ekonomi dan konflik politik.
Mahathir atau sesiapa sahaja berhak mengkritik namun beliau perlu 'cermin diri sendiri' dan melihat kembali kegagalan kerajaan dipimpinnya sebelum ini ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh.
Dibelenggu pelbagai masalah sehingga Mahathir 'digulingkan' merupakan titik noktah kepada kerajaan pimpinannya pada masa itu.
Sebagai perbandingan, kita perlu melihat kembali prestasi kerajaan pimpinan Mahathir selama 22 bulan.
Sumber: https://mykmu.net/2021/02/02/mahathir-perdana-menteri-yang-gagal/
Mahathir gagal memenuhi manifesto yang dilontarkan kepada rakyat ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Antaranya adalah menurunkan harga minyak, menghapuskan tol jalan raya dan memperkenalkan gaji minimum.
Mahathir pernah menjanjikan untuk menghapuskan tol secara berperingkat namun gagal dilaksanakan kerana hasil kutipan tol merupakan antara penyumbang pembangunan negara.
Kutipan tol menyumbang kepada pembiayaan pembangunan dan peningkatan infrastruktur jalan raya seperti pembinaan jalan baharu, penambahan lorong, jambatan dan lebuh raya.
Hasil kutipan tol juga boleh digunakan untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan awam dan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Dana berkenaan dapat digunakan untuk membiayai pembinaan dan penyelenggaraan sistem pengangkutan seperti laluan bas, stesen keretapi, terminal dan tempat letak kereta.
Keutamaan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam adalah penting dalam usaha mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan kesesakan jalan raya.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/439755
Kerajaan pimpinan Mahathir juga gagal dalam menguruskan ekonomi negara pada masa itu.
Para pelabur kurang yakin dengan kerajaan Mahathir pada masa itu sehingga menyebabkan pasaran saham Malaysia berada pada kedudukan terburuk di Asia.
Pasaran saham yang terburuk menjadi petunjuk kejatuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.
Pelabur dan pemegang saham hilang keyakinan dalam keadaan ekonomi negara dan situasi itu membawa kepada penurunan pelaburan, pemotongan perbelanjaan dan pengurangan pekerjaan.
Mahathir juga dilihat membatalkan beberapa projek negara seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura.
Pembatalan HSR sebagai contoh, menyebabkan Malaysia terpaksa membayar pampasan sebanyak RM320 juta kepada Singapura.
Mahathir pada masa itu mahu mengurangkan hutang negara tetapi menggunakan dana kerajaan sebesar itu untuk membayar pampasan.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/801546/pembatalan-hsr-malaysia-bayar-pampasan-lebih-rm300-juta
https://toodia.my/2019/11/23/pasaran-saham-malaysia-adalah-yang-terburuk-di-asia/
Selain itu, rakyat kurang berpuas hati dengan usaha kerajaan pimpinan Mahathir mengendalikan isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum.
Antara isu yang menjadi perhatian pada masa itu adalah kerajaan Mahathir cuba mempertimbangkan untuk menyertai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Penyertaan Malaysia dalam ICERD bertentangan dengan peruntukan dan prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Malaysia, terutamanya berkaitan dengan kedudukan dan hak istimewa masyarakat Melayu dan Bumiputera.
Hak-hak Bumiputera yang terkandung dalam Perlembangaan Persekutuan adalah penting untuk memulihkan dan mengimbangi ketidakseimbangan ekonomi serta sosial yang sedia ada dalam kalangan kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.
Meskipun Mahathir akur dengan desakan rakyat namun 'parut' yang ditinggalkan oleh beliau masih meninggalkan kesan sehingga kini.
Sumber: https://malaysiagazette.com/2018/12/10/fahami-maksud-diskriminasi-sebelum-ratifikasi-icerd/
Tuntasnya, Mahathir turut pernah gagal dalam menerajui negara.
Berikan peluang kepada kerajaan ketika ini untuk mencorak dan membentuk pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Mahathir tidak perlu mencari salah orang lain, sebaliknya kekal menjadi pemerhati.
Beliau seharusnya menjadi penasihat kepada kerajaan dan bukannya mengkritik.
Tempoh enam bulan masih tidak cukup bagi mana-mana kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi dan menerapkan dasar baharu yang dibawa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment