Monday, July 24, 2023
MUDA Gagal Lindungi Golongan OKU
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi tular di media sosial kerana mengadakan aktiviti menjual atau mempromosikan produk parti berkenaan di laluan pejalan kaki Orang Kurang Upaya (OKU).
Netizen mengecam perbuatan MUDA yang menyifatkan tindakan parti itu hanya akan menyukarkan golongan OKU khususnya yang mengalami cacat penglihatan melalui jalan berkenaan.
Tindakan itu hadirnya daripada sebuah parti yang sebelum ini lantang memperjuangkan isu rakyat.
Sewajarnya, MUDA perlu lebih peka dan prihatin sebelum membuat sebarang aktiviti di laluan tersebut.
Tidak salah untuk mengadakan apa jua aktiviti politik tetapi pemilihan lokasi juga perlu dititikberatkan selagi tidak menyusahkan rakyat.
Sumber: https://twitter.com/a_hxrrxz/status/1677530436971679750?s=48&t=iS4MMNGc-rf971nPsju1Kw
Matlamat tidak menghalalkan cara. Itu ayat yang sesuai menggambarkan perbuatan MUDA yang meletakkan meja dan menghalang laluan pejalan kaki OKU.
Tiada siapa menghalang MUDA untuk melakukan aktiviti jualan namun banyak lokasi lain boleh dipilih.
Laluan pejalan kaki untuk OKU adalah penting untuk memastikan aksesibiliti dan keselamatan mereka ketika bergerak di tempat awam.
Mengadakan aktiviti jualan atau meletakkan meja di laluan pejalan kaki boleh mengganggu ruang yang diperlukan bagi OKU khususnya mereka yang menggunakan kerusi roda atau tongkat untuk bergerak dengan selamat.
Perbuatan kurang prihatin itu mungkin menyebabkan golongan berkenaan terpaksa berjalan di jalan raya atau mengubah haluan yang mungkin membahayakan keselamatan mereka.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/266895/berita/politik/muda-didakwa-tiada-pendirian-sejak-ditubuhkan---aktivis-politik-pkr
Impak negatif seterusnya yang boleh terjadi akibat tindakan MUDA adalah laluan terbabit berkemungkinan menjadi kotor atau dipenuhi orang ramai.
Laluan pejalan kaki OKU perlu sentiasa berada dalam keadaan selamat dan bersih bagi memastikan tiada halangan tambahan perlu dilalui oleh OKU.
Laluan pejalan kaki yang selamat daripada sebarang halangan memberikan kebebasan kepada OKU untuk bergerak secara bebas tanpa perlu bergantung kepada bantuan orang lain.
Namun, tindakan MUDA itu hanya akan menyekat kebebasan dan kemandirian OKU untuk bergerak.
Perbuatan MUDA yang tidak mengendahkan larangan meletakkan meja di laluan pejalan kaki itu menunjukkan ketidakpatuhan parti politik berkenaan terhadap undang-undang dan peraturan setempat.
MUDA seolah-olah memberi 'bola tanggung' kepada rakyat untuk membidas mereka selain menjatuhkan imej parti tersebut.
Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/02/laluan-pejalan-kaki-penuh-barang-sukarkan-orang-buta/
MUDA seharusnya memberikan contoh yang baik dalam pematuhan undang-undang dan menghormati hak-hak golongan OKU.
MUDA sekali lagi menunjukkan sikap yang kurang bermoral dan tidak bertanggungjawab khususnya terhadap golongan OKU.
Tindakan MUDA boleh memberi kesan psikologi kepada OKU dengan membuat mereka merasa tidak dihargai dan diabaikan oleh pemimpin yang sepatutnya melindungi kepentingan golongan tersebut.
Situasi itu boleh mengurangkan kepercayaan mereka terhadap para pemimpin, kesejahteraan serta menjejaskan kualiti hidup golongan OKU.
Golongan OKU akan hilang keyakinan terhadap sistem politik negara dan beranggapan ahli politik seperti MUDA kurang sensitif ke atas kebajikan rakyat.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/633980/dakwa-individu-salah-guna-kemudahan-oku
Tuntasnya, MUDA perlu lebih cakna tentang kesan buruk menghalang laluan pejalan kaki OKU dan tidak bertindak semberono demi menjayakan aktiviti politik mereka.
Adalah penting bagi ahli politik untuk menghormati undang-undang dan peraturan serta mengambil berat keperluan semua rakyat termasuklah OKU.
Ahli politik atau parti politik seperti MUDA wajib menyediakan aksesibiliti dan menjaga keselamatan golongan OKU.
Kalau bukan parti politik seperti MUDA, siapa lagi yang akan menjaga golongan OKU. Mereka sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk melindungi rakyat.
Tindakan kurang bermoral ini hanya akan menjejaskan kepercayaan, mencetuskan persepsi negatif terhadap pemimpin dan menyekat usaha mewujudkan masyarakat yang inklusif serta adil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment