Tuesday, October 10, 2023

MUDA Sukar Kekal Status Pembangkang


Dalam politik, terdapat satu konsep berkaitan pihak pembangkang sebagai suatu entiti yang dianggap penting dalam memastikan mekanisme 'semak dan imbang' berjalan dengan sebaiknya.

Namun, apa akan berlaku sekiranya sebuah parti politik memilih untuk mengejar agenda peribadi secara solo?

Inilah situasi yang sedang berlaku membabitkan Syed Saddiq dan parti pimpinannya, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

MUDA telah membuat keputusan drastik dengan menarik sokongannya terhadap Kerajaan Perpaduan.

Langkah ini menimbulkan banyak tanda tanya, terutamanya keberkesanan MUDA sebagai parti pembangkang dalam arena politik Malaysia yang semakin kompleks.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/278282/berita/politik/muda-tarik-sokongan-terhadap-kerajaan-perpaduan---syed-saddiq


Berdasarkan pandangan mata kasar, keputusan Syed Saddiq untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai langkah penuh bermaruah, sejajar dengan prinsip MUDA.

Tambahan pula, langkah itu dibuat atas alasan meliputi prinsip kedaulatan undang-undang dan keputusan mahkamah berhubung kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Syed Saddiq menyatakan kekecewaan terhadap badan kehakiman negara kerana melepaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan mahkamah.

Namun, tiada bukti konkrit yang menunjukkan langkah-langkah diambil oleh MUDA dalam memerangi rasuah.

Justeru, timbul isu konsistensi dalam pendirian Syed Saddiq membabitkan rasuah selain beliau turut terbabit dalam kes rasuah, pecah amanah serta pengubahan wang haram.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/278484/berita/politik/muda-tarik-sokongan-terhadap-kerajaan-perpaduan-demi-prinsip


Pakar politik menyifatkan tindakan Syed Sddiq sebagai satu bentuk ugutan terhadap Kerajaan Perpaduan, supaya memberikan lebih banyak konsesi kepada MUDA.

Taktik ini menunjukkan kecenderungan Syed Saddiq menggunakan kuasa politiknya untuk mengadakan 'rundingan' bagi keuntungan buat partinya.

Namun, taktik berkenaan berisiko dan boleh mempengaruhi integriti serta reputasi MUDA.

Selain itu, penarikan sokongan itu telah memberi kesan terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Menarik balik sokongan sehingga Kerajaan Perpaduan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat berkemungkinan besar menjadi 'boomerang' buat MUDA.

Situasi ini bakal menghalang agenda reformasi yang mereka sokong daripada dilaksanakan.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2023/09/1008654/kerajaan-hilang-majoriti-dua-pertiga-strategi-arm-twisting-syed-saddiq-pakar


Kalau diteliti semula, MUDA telah memisahkan diri daripada sekutu politik yang membantu mereka memenangi kerusi Parlimen Muar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa.

Perkara ini mencetuskan persoalan tentang kemampuan MUDA untuk mengekalkan sokongan daripada pengundi di dua lokasi tersebut jika terus memilih untuk bertanding solo dalam pilihan raya akan datang.

Dalam konteks ini, Syed Saddiq dan MUDA akan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan kedudukan parti itu tanpa sokongan parti lebih kuat.

Selain itu, adakah realistik bagi sebuah parti kecil untuk memainkan peranan efektif sebagai pembangkang secara solo?

Dalam politik, kekuatan sering kali datang daripada penyatuan.

Kejayaan MUDA pula sehingga ke hari ini banyak dibantu dengan persefahaman politik dengan PH.

Sumber: https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/09/10/syed-saddiq-did-not-win-muar-on-his-own-merit-says-loke


Keputusan MUDA untuk menjadi pembangkang mungkin kedengaran menarik dan dianggap sebagai sebuah naratif pembaharuan politik, namun realitinya jauh lebih kompleks.

Syed Saddiq dan MUDA bakal menghadapi banyak rintangan dalam perjalanan politik mereka.

Prinsip mungkin merupakan satu sikap yang baik tetapi dalam arena politik; kekuatan, gabungan dan taktik sering kali menjadi penentu keberhasilan sesebuah parti.

Meremehkan semua faktor-faktor ini telah membatasi peluang Syed Saddiq dan MUDA untuk membuat impak besar kepada masa depan politik negara.

Hanya masa akan menentukan sama ada Syed Saddiq dan MUDA berjaya mengharungi landasan politik Malaysia yang mencabar.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...