Tuesday, October 17, 2023
Syed Saddiq Dan Bayangan Kontroversi
Kalau disoroti perjalanan karier politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, banyak kontroversi yang melanda beliau.
Rata-rata pemerhati politik atau rakyat tidak boleh menafikan bahawa Syed Saddiq merupakan antara figura yang popular dalam arena politik tempatan pada masa kini.
Namun, di sebalik popularitinya, banyak kontroversi yang mengiringi langkah politik Syed Saddiq.
Suatu ketika dahulu, Syed Saddiq dikhabarkan memiliki potensi untuk mengubah landskap politik tanah air.
Namun, persoalan tercetus tentang sama ada beliau memilih untuk memperjuangkan agenda politiknya berlandaskan prinsip atau sekadar mengikut arus dan sentimen semasa.
Salah satu kritikan terhadap Syed Saddiq adalah sikapnya yang kerap berubah-ubah.
Pada satu masa atau ketika, beliau mungkin menyokong sesuatu isu tetapi kemudiannya beralih haluan apabila situasi politik berubah.
Sikap Syed Saddiq berkenaan dapat dilihat dalam beberapa peristiwa. Salah satunya adalah ketika beliau menggesa kerajaan mengusir pendakwah India, Dr Zakir Naik dari Malaysia pada 2019.
Syed Saddiq mendakwa beliau menyokong pengusiran itu kerana Zakir menyerang kaum Cina dan India.
Namun Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan membenarkan Zakir tinggal di Malaysia kerana tidak mahu pendakwah berkenaan dibunuh di India.
Sejurus pengumuman berkenaan, Syed Saddiq memuat naik gambarnya makan malam bersama Zakir dan menyuruh orang ramai agar 'move on' daripada isu membabitkan pendakwah tersebut.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-juga-mahu-dr-zakir-naik-diusir-214952
https://www.sinarharian.com.my/article/44669/berita/nasional/hubungan-syed-saddiq-zakir-naik-sudah-pulih
https://www.malaysiakini.com/news/537995
Kontroversi lain yang melanda Syed Saddiq adalah gaya komunikasinya.
Beliau dikenali sebagai ahli politik yang bijak berdebat namun ada kala-kalanya Syed Saddiq dilihat terlalu emosional dan bercakap tidak berlandaskan fakta.
Sebagai contoh, Syed Saddiq sebelum ini dikritik kerana tidak sensitif dalam isu umat Islam mengunjungi rumah ibadat agama lain.
Beliau membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun gagal menyampaikan pendapatnya dengan fakta yang kukuh.
Syed Saddiq juga terlalu bergantung kepada media sosial dalam menyampaikan mesej dan pendapat.
Walaupun media sosial adalah platform yang berkuasa, namun tidak cukup efektif dalam menangani isu-isu serius melanda negara.
Malahan, Syed Saddiq turut dikritik kerana 'memacak' tiga telefonnya ketika di dalam persidangan Parlimen.
Beliau dianggap tidak serius dan hanya mahu mendapatkan perhatian daripada orang ramai.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1070446/syed-saddiq-pacak-3-telefon-bimbit-ketika-berbahas
Penglibatan Syed Saddiq dalam isu-isu kontroversi telah menimbulkan persoalan mengenai integriti dan kredibilitinya sebagai ahli politik muda.
Kes mahkamah yang membelenggu Syed Saddiq mencetuskan banyak keraguan tentang integriti beliau.
Ahli politik dinilai berdasarkan moral dan etika mereka. Ada generasi muda melihat ahli politik sebagai idola atau ikon mereka.
Mereka memerlukan pemimpin politik yang dapat dicontohi dan bukan hanya menjadi subjek kontroversi.
Rakyat khususnya memerlukan ahli politik yang memiliki integriti, ketelusan dan kejujuran.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1076734/kes-pecah-amanah-syed-saddiq-pembelaan-tutup-kes
Tuntasnya, kontroversi yang melanda Syed Saddiq bukan terjadi disebabkan faktor luaran.
Sebaliknya, Syed Saddiq sendiri yang mencetuskan kontroversi melibatkan dirinya.
Segala tindakan dan kata-kata Syed Saddiq menjadi sorotan media dan rakyat.
Dalam dunia politik, konsistensi dan integriti merupakan dua aspek yang penting.
Namun, Syed Saddiq masih belum mencapai 'markah memuaskan' dalam soal integriti serta konsistensi.
Sudah tiba masa bagi Syed Saddiq belajar daripada kesilapan lampau, merenung kembali pendiriannya dan tindakan yang pernah diambil serta menjadi lebih matang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment