Thursday, November 2, 2023

MUDA: Progresif atau Provokatif?


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ditubuhkan pada 2020 oleh ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sejak penubuhannya, parti ini mendakwa mereka bersifat progresif, inklusif dan berbilang bangsa serta kaum selain mewakili suara dan aspirasi generasi muda Malaysia.

Namun, adakah dakwaan yang dikeluarkan oleh MUDA itu adalah benar?

Atau adakah MUDA sebenarnya sebuah parti yang provokatif dan oportunis yang menyalahgunakan isu-isu dan emosi generasi muda?

Wujud beberapa faktor yang membuktikan MUDA bukanlah sebuah parti yang progresif tetapi bersifat provokatif.

Salah satu perkara yang paling menonjol tentang MUDA adalah parti tersebut sering mencetuskan kontroversi dan konflik dengan pihak lain.

Pada 2021, MUDA terlibat dalam pertikaian dengan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung isu-isu berkaitan Parlimen.

MUDA mendakwa PN tidak menghormati Perlembagaan negara dengan menangguhkan sidang Parlimen atas alasan darurat.

MUDA turut mendakwa bahawa PN tidak bertanggungjawab serta kurang komited dalam menguruskan hal ehwal negara.

Selain itu, MUDA juga terbabit dalam pertikaian dengan kerajaan berhubung isu peruntukan kepada pembangkang, pengisytiharan harta anggota kabinet dan pengguguran kes rasuah.

Syed Saddiq mendakwa kerajaan sebagai 'kerajaan NATO' (No Action Talk Only) tetapi dinafikan oleh kerajaan serta memperjelaskan bahawa dakwaan Presiden MUDA adalah tidak berasas.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/279735/berita/nasional/gelar-kerajaan-sebagai-nato-adam-adli-bidas-syed-saddiq


MUDA juga didakwa sering mengecualikan atau 'mengasingkan' ahli-ahli serta para penyokongnya yang berbeza pendapat dan pandangan.

Parti tersebut dikatakan tidak mengamalkan sikap terbuka atau inklusif kepada pelbagai suara dan aspirasi.

MUDA sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi membabitkan ahli-ahlinya sehingga ada di antara mereka menarik diri daripada parti berkenaan.

Malah, MUDA juga pernah menyingkirkan ahli mereka yang tidak sehaluan atau seiring dengan parti berkenaan.

MUDA mendakwa bahawa ahli-ahli yang disingkirkan tidak memiliki prinsip atau nilai cuba dibawa oleh parti tersebut.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1045292/muda-gantung-pengerusi-perak-3-tahun-terima-peletakan-jawatan


Selain itu, MUDA kerap menggunakan isu-isu sosial untuk mendapatkan publisiti serta sokongan orang ramai.

Tahun lalu, Syed Saddiq cuba mempermainkan isu banjir beberapa kali dan mengecam kerajaan khususnya ketika khabar angin tentang pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).

Syed Saddiq mendakwa kerajaan tidak prihatin dengan keadaan banjir di negara ini dan menggesa isu banjir tidak dipolitikkan.

Namun, Syed Saddiq pernah dikecam pada awal tahun lalu kerana cuba mempolitikkan isu banjir di Johor dan dikatakan tidak turun membantu mangsa bencana berkenaan di Muar.

Syed Saddiq turut dikecam cuba mempermainkan isu agama apabila tidak bersetuju dengan peraturan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain.

Beliau digesa untuk lebih sensitif kepada isu membabitkan Islam di negara ini serta memahami Perkara 11 dan 11(4) Perlembagaan berhubung kebebasan beragama dan undang-undang Persekutuan berkaitan agama.

Sumber: https://www.samudera.my/syed-saddiq-digesa-lebih-sensitif-kepada-isu-melibatkan-islam-perkasa/

https://www.utusan.com.my/berita/2022/01/syed-saddiq-pulanglah-ke-muar-jangan-politik-isu-banjir-segamat/


Tuntasnya, MUDA bukanlah sebuah parti yang progresif seperti diperkatakan oleh mereka sendiri, sebaliknya lebih bersifat provokatif.

MUDA membuktikan mereka lebih banyak mencetuskan kontroversi dan konflik kepada negara serta rakyat.

Maka, sebagai rakyat, seharusnya kita menilai baik dan buruk sesebuah parti sebelum memberi sebarang sokongan.

Parti politik sering mendakwa mereka adalah wakil kepada rakyat, tetapi tindakan mereka adalah penentu sebenar kepada integriti dan prinsip yang dipegang.

Dalam konteks MUDA, walaupun mereka mempromosikan diri sebagai parti yang mewakili suara generasi muda, tindakan-tindakan kontroversi yang dilakukan oleh MUDA, khususnya Syed Saddiq, menunjukkan sebaliknya.

Dalam politik, kredibiliti dan integriti adalah penting. Tanpa kedua-duanya, sokongan daripada rakyat akan sukar diperolehi.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...