Tuesday, December 5, 2023
MUDA: Harapan Baharu atau Retorik Tanpa Arah?
Parti Ikatan Demokratik Malaysia atau MUDA ditubuhkan secara rasmi pada 17 September 2020.
Bermakna MUDA telah genap lebih tiga tahun dalam arena politik tempatan.
Sepanjang tiga tahun penubuhannya, MUDA telah terbabit dalam beberapa pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Menyingkap kembali sejarah awal penubuhan MUDA, parti ini ditubuhkan bertujuan untuk menarik lebih ramai penglibatan generasi muda dalam politik tempatan selain menggarap isu-isu yang berkaitan golongan tersebut.
Namun, apabila menilai semula peranan dan pengaruhnya dalam politik negara, tiba masanya kita perlu mengakui bahawa kemunculan MUDA lebih mencerminkan kegagalan sistem politik Malaysia yang sedia ada berbanding kejayaan parti tersebut.
Sumber: https://relevan.com.my/2022/11/15/sejarah-prinsip-asas-dan-tokoh-utama-parti-muda/
Secara umumnya, sistem politik Malaysia dilihat kurangnya suara mewakili golongan muda sebelum ini.
MUDA bagaimanapun sebahagian daripada 'tindak balas' terhadap sistem tersebut.
Kewujudan MUDA seolah-olah merupakan satu lambang untuk memenuhi keperluan bagi golongan muda yang semakin lantang menuntut perubahan dalam sistem politik negara.
Namun, walaupun MUDA berjanji untuk membawa perubahan, masih belum wujud bukti konkrit yang menunjukkan mereka mampu memenuhi aspirasi tersebut.
Secara dasarnya, MUDA tidak menunjukkan bahawa mereka ada individu atau kumpulan yang tepat untuk memberikan perubahan signifikan kepada negara.
MUDA sebelum ini mungkin dilihat sebagai usaha untuk 'menyegarkan' semula politik Malaysia namun tanpa visi serta misi yang jelas, parti itu sukar melakukan sebarang perubahan.
Sumber: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/v/457304
Kemunculan MUDA turut mencetuskan polarisasi dalam politik Malaysia.
Mereka cenderung bergantung kepada retorik populis semata-mata untuk menarik sokongan orang ramai namun mengabaikan isu-isu lain yang lebih penting.
Dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial yang rumit, MUDA belum menunjukkan strategi yang komprehensif.
Situasi ini mencetuskan persoalan tentang keupayaan mereka untuk menyediakan solusi praktikal dalam isu-isu penting tersebut dan bukannya sekadar retorik politik.
Selain itu, di sebalik usaha mereka menarik sokongan golongan muda, parti berkenaan terperangkap dalam politik identiti yang mengabaikan keperluan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum serta budaya secara keseluruhannya.
MUDA juga berisiko mencetuskan jurang antara generasi muda dan tua, sekali gus mengakibatkan konflik demografik dalam politik.
MUDA yang dibarisi kepimpinan kurang berpengalaman turut menyumbang kepada ketidaksatabilan politik.
Kepimpinan politik yang kurang berpengalaman ini bukan sahaja mempengaruhi keupayaan mereka untuk membuat keputusan matang tetapi juga sukar untuk memberi tindak balas secara efektif kepada cabaran serta dinamik politik negara yang sentiasa berubah.
Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-muda-pilihan-alternatif-tapi-sukar-bawa-impak-penganalisis-432259
Salah satu kelemahan MUDA adalah kegagalan parti tersebut dalam membina pakatan strategik dengan parti-parti politik lain.
Tanpa kerjasama dan sokongan yang meluas, usaha MUDA untuk mempengaruhi perubahan dalam sistem politik negara terbatas.
Selain itu, MUDA sering kali bergantung kepada 'populariti' Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa nama parti itu sehingga kini.
Namun, situasi itu hanya mencetuskan risiko kepada kelangsungan parti yang terikat dengan reputasi seorang individu dan bukannya bergantung kepada prinsip atau ideologi yang kukuh.
Malahan, MUDA muncul dalam kancah politik yang sudah padat, dipenuhi banyak parti lain yang berjuang untuk mendapatkan sokongan serta perhatian orang ramai.
Dalam situasi ini, kejayaan MUDA yang membezakan mereka daripada parti-parti lain masih belum terbukti.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/bukan-masa-tepat-muda-bergerak-solo/
Tuntasnya, perjalanan MUDA dalam politik negara selama lebih tiga tahun ini menunjukkan satu realiti yang tidak dapat dielakkan iaitu perjuangan politik memerlukan lebih daripada semangat dan aspirasi.
MUDA memerlukan kepemimpinan yang matang, strategi yang berkesan dan keupayaan untuk berkolaborasi dalam suasana politik yang kompleks serta berbilang dimensi.
MUDA masih belum menunjukkan keupayaan tersebut secara konsisten meskipun menabur segala janji dan harapan kepada orang ramai.
Meskipun MUDA menjadi 'suara baharu' dalam politik negara, parti itu belum mampu mengatasi cabaran-cabaran struktural yang mendalam dalam sistem politik Malaysia.
Parti berkenaan menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan realiti politik yang lebih meluas dan tidak hanya bersandarkan kepada retorik populis serta kempen media sosial.
Sebagai satu entiti politik yang masih muda, MUDA memerlukan masa untuk berkembang dan mematangkan diri, namun tanpa perubahan signifikan dalam pendekatan serta strategi, parti ini berisiko menjadi sekadar 'gegak gempita' tanpa membawa impak nyata dalam politik Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment