Wednesday, January 24, 2024

Syed Saddiq Perlu Lebih Proaktif


Selepas dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun akibat skandal wang, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyepi daripada media sosial.

Pada 30 Disember lalu, Syed Saddiq tiba-tiba muncul kembali di media sosial namun hanya memuat naik gambarnya sedang bersenam.

Disember merupakan waktu kritikal bagi rakyat Johor kerana negeri berkenaan terpaksa berdepan dengan situasi banjir akibat peralihan angin Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac.

Meskipun Muar setakat artikel ini ditulis tidak mengalami banjir, sewajarnya sebagai wakil rakyat, Syed Saddiq sudah bersiap sedia atau turun padang di Muar.

Justeru, tercetus persoalan sama ada ketegasan Syed Saddiq untuk mengekalkan jawatannya di Muar hanyalah untuk memenuhi portfolio politik atau benar-benar ikhlas berbakti buat rakyat.

https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2023/11/syed-saddiq-masih-ahli-parlimen-muar/


Wakil rakyat perlu bersiap sedia dan sentiasa berada di barisan harapan sekiranya berlaku krisis seperti banjir.

Walaupun Muar tidak terjejas langsung dengan banjir, adalah penting bagi Syed Saddiq untuk menilai dan memahami kesiapsiagaan sesuatu kawasan itu dalam menghadapi bencana.

Penilaian itu termasuklah menilai infrastruktur, sumber kecemasan dan rancangan pemindahan.

Melalui pemeriksaan secara peribadi, Syed Saddiq boleh mengenalpasti keperluan orang ramai dan potensi risiko yang mungkin tidak jelas sekiranya dipantau daripada jauh.

Syed Saddiq boleh menyokong dan memperuntukkan sumber dari segi bantuan dengan lebih berkesan.

Langkah tersebut adalah bagi memastikan kawasan berkenaan bersedia berdepan situasi bencana banjir dan boleh mengurangkan impak negatif kepada penduduk.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2242254


Selain itu, lawatan Syed Saddiq ke kawasan Parlimennya membolehkan beliau membina dan mengukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.

Syed Saddiq perlu membuka peluang kepada rakyat untuk menyuarakan kebimbangan mereka dan memahami keperluan mereka.

Langkah itu termasuk menyantuni lapisan masyarakat yang tidak mempunyai akses kepada platform komunikasi terkini dan memastikan suara mereka didengari.

Kehadiran Syed Saddiq juga sebenarnya penting untuk mendidik dan memaklumkan kepada orang ramai tentang langkah-langkah pencegahan dan persediaan bencana.

Beliau perlu membantu meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan orang ramai dalam menghadapi bencana, di samping memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat, terkini serta mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Menerusi turun padang sebelum banjir, Syed Saddiq akan menunjukkan kepimpinan lebih proaktif dan bukan sekadar reaktif.

Ini akan mewujudkan imej positif dan menunjukkan kepada rakyat bahawa Syed Saddiq bukan sahaja hadir ketika krisis tetapi juga aktif dalam pencegahan dan persediaan bencana.

Tindakan ini juga akan meningkatkan kepercayaan masyarakat, menunjukkan beliau seorang pemimpin yang mengutamakan kebajikan dan keselamatan rakyat.

Namun jika Syed Saddiq gagal melaksanakan semua peranan yang dinyatakan, maka Syed Saddiq akan berdepan impak negatif daripada rakyat.

Rakyat akan merasa tidak berpuas hati dengan prestasinya dan Syed Saddiq berkemungkinan gagal untuk menyampaikan bantuan secara efektif sekiranya banjir berlaku.

Paling mustahak adalah Syed Saddiq berkemungkinan tidak mampu mengekalkan jawatannya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

https://www.malaysianow.com/my/news/2022/01/09/peranan-pemimpin-wakil-rakyat-ketika-bencana-melanda


Tuntasnya, Syed Saddiq perlu menilai kembali keutamaannya sebagai wakil rakyat.

Tidak salah untuk memuat naik hantaran yang memberi motivasi dan inspirasi, tetapi sebelum itu, tugas hakiki perlu dijalankan terlebih dahulu.

Peralihan Monsun Timur Laut masih belum berakhir dan Muar berkemungkinan bila-bila masa boleh dilanda banjir, justeru persiapan rapi perlu dilaksanakan.

Syed Saddiq kini seperti kucing seperti di hujung tanduk kerana beliau bertegas mahu mengekalkan jawatan sebagai ahli Parlimen Muar.

Satu kesilapan akan membawa kemarahan rakyat kerana kepercayaan orang ramai terhadap Syed Saddiq kian berkurang selepas beliau didapati bersalah.

Pilihan di tangan Syed Saddiq. Proaktif dalam menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen atau melepaskan jawatannya sebagai pilihan terakhir.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...