Monday, March 4, 2024

Mahathir Perlu Jawab Persoalan RCI Pulau Batu Puteh


Baru-baru ini, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat pengendalian perkara berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Penubuhan RCI itu dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

RCI tersebut dianggotai oleh tujuh individu termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali sebagai Timbalan Pengerusi.

Lima lagi ahli RCI adalah pengamal undang-undang, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu; bekas Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Prof Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin; Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran, Prof Datin Dr Faridah Jalil; Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia, Dickson Dollah.

Susulan itu, peguam kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Rafique Rashid Ali mengatakan pihaknya menasihatkan Mahathir agar tidak menyertai RCI terbabit atas alasan Tun Md Raus mempunyai konflik kepentingan dalam kes tersebut.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1214361/agong-berkenan-terima-menghadap-ahli-ahli-pesuruhjaya-rci-batu-puteh


Namun, ramai sedia maklum bahawa Mahathir dikatakan menjadi 'dalang' kepada Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh secara total kepada Singapura.

Alasan yang diberikan oleh Muhammad Rafique seolah-olah mahu 'menyelamatkan' anak guamnya.

Menyoroti kembali kes Pulau Batu Puteh, Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ketujuh pada 2018, mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (ICJ).

Tindakan Mahathir mencetuskan tanda tanya apabila kerajaan Malaysia ketika itu memiliki tiga dokumen baharu yang boleh dijadikan bukti untuk menyokong pemilikan Malaysia terhadap Pulau Batu Puteh.

Namun, Mahathir secara mengejut menggantung tugas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum mengambil keputusan tidak meneruskan permohonan semakan semula berkenaan.

Perkara itu mencetuskan kemarahan ramai pihak yang mendakwa Mahathir telah 'menjual' kedaulatan negara.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-pulau-batu-puteh-kemungkinan-terdapat-kecuaian-dr-mahathir-pm-385770?


Mahathir melepaskan kedaulatan negara secara sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan panjang kepada Malaysia.

Sebagai pemimpin negara ketika itu, Mahathir seharusnya memainkan peranan penting dalam memastikan kedaulatan wilayah dan negara seperti Pulau Batu Puteh terus dipertahankan.

Kedaulatan negara membolehkan kerajaan menegakkan undang-undang dan memastikan ketenteraman awam, melindungi rakyat Malaysia daripada ancaman luar khususnya.

Singapura ketika ini dilaporkan sudah melakukan tambakan di Pulau Batu Puteh dan mahu menubuhkan pulau buatan manusia bagi tujuan ketenteraan.

Sekiranya perkara itu berlaku, Malaysia mudah terdedah kepada ancaman ketenteraan. Lihat sahaja bagaimana China cuba menakluk wilayah pertikaian Laut China Selatan dengan membina pulau buatan mereka sendiri.

Mahathir sepatutnya berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan kedaulatan demi keamanan dan keselamatan negara, bukan sebaliknya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/696827


Situasi membabitkan Pulau Batu Puteh menimbulkan banyak persoalan tentang keutamaan dan komitmen Mahathir dalam memperjuangkan kedaulatan negara.

Kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura bukan sekadar satu kekalahan dalam merebut pertikaian wilayah tetapi juga Malaysia hilang lokasi ekonomi dan maritim yang berpotensi besar.

Kegagalan mempertahankan Pulau Batu Puteh menyebabkan Malaysia gagal memperkukuh kedudukan negara ini dalam arena antarabangsa.

Mahathir seolah-olah hanya mementingkan agenda peribadinya berbanding mengutamakan kepentingan negara.

Dakwaan beliau tentang RCI tidak sepatutnya dilontarkan kerana Mahathir merupakan individu yang menyebabkan Pulau Batu Puteh terlepas.

Mahathir seharusnya memikirkan konflik berkepentingan yang dicetuskannya sendiri sehingga mengakibatkan kedaulatan negara hilang begitu sahaja.

Sumber: https://focusmalaysia.my/can-tun-m-avoid-attending-the-rci-on-pulau-batu-puteh/


Tuntasnya, penubuhan RCI perlu dipandang secara positif dalam memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dan perkara seperti ini tidak berulang kembali pada masa hadapan.

Mahathir sebagai individu penting di sebalik 'kejadian' itu, perlu memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan RCI.

Beliau perlu menjawab semua persoalan tentang keputusannya untuk tidak meneruskan semakan semula permohonan tersebut.

Sekiranya beliau ada melakukan salah laku terhadap kedaulatan negara, Mahathir perlu terima hukumannya.

Kedaulatan negara bukan perkara remeh, perlu dijaga dengan baik khususnya oleh pemimpin negara.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...