Saturday, March 16, 2024
MUDA Perlu Teliti Lontar Kritikan
Parti Demokratik Ikatan Malaysia (MUDA) baru-baru ini melontarkan sindiran terhadap kerajaan susulan beberapa isu nasional yang pernah dibangkitkan oleh mereka.
Ahli MUDA, Abe Lim Hooi Sean memuat naik hantaran di laman media sosialnya mendakwa kerajaan hanya menyerang parti tersebut dalam pelbagai isu.
Tindakan beliau mendapat perhatian orang ramai kerana beranggapan MUDA turut terpalit pelbagai isu seperti krisis dalaman dan sebagainya.
Ada juga merasakan dakwaan Abe Lim tidak berasas kerana kerajaan tidak menyerang secara khusus parti itu dalam apa jua isu.
Namun, beberapa isu yang dibangkitkan oleh Abe Lim pernah dijelaskan oleh kerajaan sebelum ini. Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 2023 mencadangkan usul agar projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dibahaskan di Parlimen.
Namun cadangan usul itu ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul atas alasan cadangan tersebut tidak menyatakan sebab LCS dianggap sebagai perkara yang perlu disegerakan dan berkepentingan awam.
Selain itu, beliau juga menyatakan usul dikemukakan Syed Saddiq ditolak kerana gagal mematuhi Peraturan Mesyuarat 18(7)(c) susulan isu LCS masih dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Kerajaan tidak berdiam diri apabila mengambil langkah segera menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek LCS iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), sebagai anak syarikat kepada Kementerian Kewangan (MOF) pada Mei 2023.
Malah, kerajaan masih meneruskan projek berkenaan selepas telah membelanjakan RM6 bilion wang pembayar cukai dan mengurangkan jumlah pembinaan kapal daripada enam kepada lima.
Kerajaan juga akan memantau projek tersebut melalui Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
SUMBER: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/971130/kerajaan-umum-pembinaan-lima-kapal-lcs-diteruskan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1111623/dewan-tolak-usul-bahas-projek-lcs
MUDA sebelum ini mengambil tindakan drastik apabila menarik sokongan terhadap kerajaan selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.
Dakwa MUDA, keputusan mahkamah itu adalah satu 'langkah' menormalisasikan gejala rasuah dalam pentadbiran negara dan tidak berprinsip.
Susulan itu, MUDA mendakwa mereka menarik diri daripada blok kerajaan dan menjadi blok ketiga kerana berpegang kepada prinsip memperjuangkan rasuah.
Kerajaan bagaimanapun menjelaskan tidak sesekali mencampuri urusan Peguam Negara berhubung pengguguran dakwaan kes tersebut.
Menurut kerajaan, Peguam Negara mempunyai kuasa penuh dan tidak boleh dipersoalkan kerana tertakluk kepada prinsip undang-undang yang mantap (trite law) serta telah diputuskan secara konsisten dalam kes-kes mahkamah tertinggi Malaysia.
SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/279912/berita/nasional/isu-dnaa-zahid-penjelasan-yang-ditunggu-tunggu
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-zahid-peguam-negara-ada-kuasa-sepenuhnya-pm-anwar-436040?
MUDA menggesa kerajaan menyatakan pendirian terhadap pengurangan hukuman penjara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Lembaga Pengampunan.
MUDA mengatakan kerajaan perlu memberi penjelasan dan mendakwa pengampunan itu diberikan ketika proses peralihan tampuk pemerintahan negara.
Selain itu, MUDA mendakwa keputusan Lembaga Pengampunan adalah berat sebelah dan akan memberi kesan kepada politik kepartian.
Namun, kerajaan menjelaskan pengurangan hukuman berkenaan dibuat antaranya atas sumbangan Najib kepada negara.
Malah, Lembaga Pengampunan juga membuat keputusan secara kolektif selepas memperincikan beberapa kaedah lain termasuklah asas rayuan, peranan, perjalanan hidup, kehidupan di penjara dan sebagainya.
Kerajaan turut mengatakan permohonan pengampunan Najib dibincangkan lebih awal mengikut peraturan ditetapkan.
SUMBER: https://www.hmetro.com.my/utama/2024/02/1057666/isu-pengampunan-najib-jasa-kepada-negara-antara-asas-diambil-kira
Tuntasnya, MUDA perlu mengambil kira pelbagai faktor penting sebelum menyerang kerajaan terhadap pelbagai isu.
Sebagai contoh, isu pengampunan Najib dan DNAA Ahmad Zahid. Kedua-dua isu berkenaan tidak melibatkan campur tangan atau kuasa daripada kerajaan.
Pengampunan Najib mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, manakala kes mahkamah Ahmad Zahid diputuskan oleh badan kehakiman negara.
Maka, tidak timbul isu kerajaan didakwa hanya menyerang MUDA secara khusus, sebaliknya kerajaan telah melaksanakan langkah segera serta memberi penjelasan terhadap semua isu dibangkitkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment