Wednesday, March 27, 2024

Syed Saddiq Langgar Prinsip Sendiri


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini mengumumkan akan bersama-sama Perikatan Nasional (PN) untuk menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan tentang isu semasa negara.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman itu nyata menggemparkan dunia politik negara selain memberi bayangan bahawa parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bakal menyertai gabungan berkenaan tidak lama lagi.

Namun, MUDA menafikan parti itu akan terlibat dalam jelajah tersebut dan kekal sebagai kuasa ketiga dalam kerajaan.

Persoalan berlegar dalam kalangan pemerhati politik, sama ada Syed Saddiq bakal meninggalkan MUDA dan menyertai PN selepas ini.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/698829


Keputusan Syed Saddiq untuk menyertai jelajah berkenaan dilihat membelakangkan parti MUDA.

Sebagai salah seorang ahli MUDA yang masih berdaftar dengan parti itu, Syed Saddiq sewajarnya membincangkan perkara tersebut dengan tampuk kepimpinan terlebih dahulu.

Percanggahan antara MUDA dan Syed Saddiq boleh dilihat apabila kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan yang berbeza.

Malah, ada kalangan ahli MUDA nyata tidak bersetuju dengan tindakan Syed Saddiq serta menggesa majlis tertinggi parti itu menyingkirkan beliau jika masih berkeras untuk menyertai jelajah PN.

Syed Saddiq harus ingat bahawa beliau bukan lagi memegang kerusi kepimpinan parti dan tindakan seperti ini hanya menjejaskan imej MUDA.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/14/pisah-jika-syed-saddiq-sertai-jelajah-pn-ahli-beritahu-muda/


Trajektori karier politik Syed Saddiq berada di tahap terburuk pada ketika ini.

Sejak beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq kehilangan kredibilitinya sebagai ahli politik.

Beliau kemudiannya menghilangkan diri untuk seketika dan kemudiannya muncul semula namun masih mengamalkan corak politiknya.

Syed Saddiq merupakan ahli politik yang populis dan gemar membangkitkan isu-isu terkini untuk meraih perhatian rakyat.

Jelajah PN merupakan satu platform bagi dirinya untuk kekal relevan dan dilihat sebagai 'barisan hadapan' pendukung aspirasi rakyat.

SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-didapati-bersalah-tuduhan-pecah-amanah-salah-guna-harta-ubah-wang-haram-445320


Syed Saddiq berada dalam keadaan terdesak untuk menonjolkan dirinya semula.

Beliau dilihat sanggup mengetepikan partinya sendiri demi kepentingan serta survivalnya dalam politik.

Maka, tidak hairan sekiranya Syed Saddiq mengambil langkah drastik untuk berundur dari MUDA dan menyertai PN sepenuhnya.

Syed Saddiq nampaknya sedar bahawa MUDA bukan parti yang mampu membawa karier politiknya ke tahap lebih tinggi.

Beliau juga mahu mendapatkan sokongan para pengundi PN supaya terus kekal memegang kerusi Parlimen Muar pada pilihan raya akan datang.

Selain itu, mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah beralih sokongan kepada PN sebelum ini, justeru Syed Saddiq melihat prospek sokongan tidak berbelah bahagi yang bakal diperolehnya dalam gabungan itu.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/699707


Tuntasnya, tindakan Syed Saddiq membuktikan beliau merupakan seorang oportunis yang sanggup mengetepikan partinya untuk kekal relevan.

Namun, Syed Saddiq harus sedar bahawa tindakannya itu hanya akan menjejaskan imej beliau dan MUDA.

Penyatuannya bersama PN akan menghakis imej Syed Saddiq yang sebelum ini mahu kekal neutral atau menjadi kuasa ketiga dalam kerajaan.

Cita-cita tinggi Syed Saddiq akan memakan dirinya sendiri dan parti MUDA.

Justeru, MUDA harus membuat pilihan, sama ada menerima apa saja tindakan Syed Saddiq atau menyingkirkan beliau untuk kepentingan parti.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...