Tuesday, April 23, 2024

Keluarga Mahathir Perlu Henti Berdolak-Dalik


Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan anak kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini memberi respons balas kepada kes membabitkan Mirzan serta Tan Sri Mokhzani.

Mukhriz menyatakan kelewatan Mirzan dan Mokhzani mengisytiharkan aset mereka bermula 1981 sehingga kini seperti diminta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah disebabkan zaman tersebut tiada "pendrive' untuk menyimpan dokumen-dokumen penting.

Ujar Mukhriz, agak sukar untuk mencari kesemua dokumen berkenaan memandangkan lebih empat dekad telah berlalu.

Namun, ada juga mempertikaikan bahawa Mirzan dan Mokhzani seharusnya mempunyai dokumen hitam putih secara fizikal sejak 1981 bagi mengelakkan ketirisan dan tujuan audit.

Ramai persoalkan sama ada Mukhriz hanya memberi alasan bagi pihak keluarganya semata-mata yang didakwa terlibat dalam transaksi perniagaan mencurigakan.

https://www.nst.com.my/news/nation/2024/04/1033765/there-were-no-thumb-drives-1981


Walaupun teknologi pada tahun 1981 mungkin tidak sehebat pada masa kini, namun adalah penting bagi individu korporat yang memiliki aset atau syarikat untuk menyimpan rekod transaksi mereka dengan teliti dan sistematik.

Hal ini kerana penyimpanan dokumen secara fizikal memainkan peranan penting dalam menjaga integriti, kebolehpercayaan dan pematuhan dalam urusan perniagaan.

Dokumen-dokumen penting seperti pemilikan aset perlu disimpan dengan teliti untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung di dalamnya adalah tepat dan tidak berubah-ubah.

Selain itu, dokumen-dokumen fizikal memberikan bukti yang kukuh dan jelas dalam hal pemeriksaan dan audit pada masa hadapan.

Menerusi penyimpanan salinan fizikal dokumen-dokumen penting seperti pemilikan aset, seseorang individu dapat memastikan bahawa mereka mempunyai catatan yang lengkap dan boleh dipercayai bagi tujuan peribadi serta pemeriksaan oleh pihak berkuasa atau auditor pada masa hadapan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/02/1061628/mirzan-diberi-tempoh-lanjutan-30-hari-sprm

https://www.sinarharian.com.my/article/646739/berita/semasa/siasatan-sprm-ke-atas-mokhzani-didakwa-ada-kaitan-dengan-tun-m


Terdapat beberapa sebab SPRM mengarahkan Mirzan dan Mokhzani mengisytiharkan harta mereka sejak empat dekad lalu.

Pengisytiharan harta merupakan sebahagian daripada keperluan undang-undang yang ditetapkan untuk mencegah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Individu yang menolak atau gagal mengisytiharkan harta mungkin menimbulkan keraguan tentang integriti dan komitmen mereka terhadap prinsip-prinsip keadilan serta akuntabiliti.

Mirzan didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mokhzani pula dipercayai mempunyai kaitan pegangan saham beliau dalam syarikat GLC mendapatkan projek kerajaan.

Baik Mirzan mahu pun Mokhzani perlu mengisytiharkan harta mereka dengan telus kerana sebelum ini wujud dakwaan bahawa Mahathir 'bail out' syarikat Mirzan menggunakan dana rakyat.

Mokhzani pula didakwa mengaut keuntungan menerusi lesen fabrikasi Petronas dan projek kabel optik di bawah Mahathir.

Justeru, menjadi satu keperluan bagi SPRM mengarahkan Mirzan dan Mokhzani mengisytiharkan harta mereka dengan telus serta komprehensif.

https://www.malaysiakini.com/news/436828


Pendedahan Kertas Pandora berhubung aktiviti perniagaan mereka semestinya telah menimbulkan persepsi negatif kepada ketelusan Mirzan dan Mokhzani dalam mengisytiharkan harta.

Kelewatan Mirzan dan Mokhzani dalam mengisytiharkan harta mereka sejak empat dekad lalu semakin menguatkan lagi keraguan dalam kalangan pemerhati politik.

Mirzan dan Mokhzani seolah-olah melambatkan proses pengisytiharan tersebut serta memberikan persepsi bahawa mereka mungkin cuba untuk menyembunyikan sesuatu atau mengelakkan diri daripada terdedah kepada tindakan undang-undang.

Mirzan dan Mokhzani turut gagal menjelaskan tuduhan terhadap mereka. Hanya Mahathir dan Mukhriz yang bercakap bagi pihak mereka setakat ini.

Perkara itu turut menambahkan kecurigaan pemerhati politik terhadap Mirzan dan Mokhzani yang berselindung di sebalik bayang-bayang Mahathir.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/01/1202689/isu-mirzan-dr-mahathir-adakan-sidang-media-khas-isnin-ini


Tuntasnya, kewajaran Mirzan dan Mokhzani memberikan dokumen yang berpuluh dekad lamanya adalah penting bagi membuktikan dakwaan terhadap mereka adalah tidak benar.

Rakyat perlu tahu kesudahan kepada siasatan SPRM terhadap Mirzan dan Mokhzani.

Duit rakyat dikatakan menjadi ‘korban’ untuk menyelamatkan Mirzan serta Mokhzani selain didakwa menerima pelbagai manfaat ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mirzan dan Mokhzani juga perlu lebih berani tampil ke hadapan jika mereka benar-benar tidak bersalah.

Sepatutnya status mereka yang bergelar individu korporat dan memiliki jawatan penting di puluhan atau mungkin ratusan buah syarikat, tidak lagi perlu bergantung kepada Mahathir untuk menjawab di hadapan rakyat.

‘Kebisuan’ mereka hanya akan menambahkan kemarahan dan keraguan orang ramai.

Justeru, bagi membuktikan mereka berada di pihak yang benar, ‘serahan’ dokumen pemilikan aset secara telus dan tepat kepada SPRM adalah jawapan bagi meredakan persoalan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...