Monday, May 27, 2024
Alasan Sebenar Muda Tidak Bertanding PRK KKB
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Keputusan itu dibuat bagi membolehkan para pengundi Kuala Kubu Baharu melaksanakan hak mengundi mereka dan mengemukakan referendum yang kuat terhadap prestasi kerajaan.
MUDA turut mengatakan keputusan itu membolehkan pengundi di kawasan Kuala Kubu Baharu membuat keputusan memilih antara parti pemerintah penyandang dan parti pembangkang utama.
Parti itu juga mengatakan mereka akan menggunakan tempoh berkempen sepanjang dua minggu PRK untuk melancarkan kempen-kempen rakyat.
Namun, keputusan tersebut menimbulkan persoalan besar, adakah MUDA memberikan alasan semata-mata untuk menutup konflik dalaman dan kekurangan strategi yang efektif dalam pilihan raya?
https://www.sinarharian.com.my/article/661493/berita/politik/muda-psm-tidak-bertanding-prk-kuala-kubu-baharu
Alasan mahu memberi fokus kepada kempen rakyat kedengaran seperti langkah yang bijak pada dasarnya namun adakah benar-benar mencerminkan realiti sebenar parti?
MUDA setakat ini tidak memiliki rekod yang bagus dalam setiap pilihan raya yang dipertandingkan.
Paling utama adalah asas perjuangan MUDA kepada rakyat yang tidak menampakkan 'taringnya' lagi.
MUDA masih gagal menarik golongan belia untuk menyokong mereka 100 atau 110 peratus.
Parti itu mungkin 'kental' di kawasan bandar namun lemah di lokaliti yang majoritinya penduduk kampung atau luar bandar.
Namun, masih ada juga penduduk bandar yang tidak mempercayai perjuangan MUDA untuk mempertahankan isu rakyat kerana pelbagai isu dalaman lain.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/v/457304
Strategi MUDA dalam pilihan raya juga menimbulkan persoalan besar khususnya dalam soal pemilihan calon yang bertanding.
Pemilihan calon dalam kalangan pempengaruh media sosial serta pengurus akaun yang tidak memiliki pengalaman politik memberi impak negatif kepada keputusan pilihan raya.
MUDA tampak sembrono dalam menapis calon-calon pilihan raya mereka dan manifesto yang diperjuangkan tidak menambat hati pengundi.
Antara manifesto yang kurang relevan diperjuangkan adalah ketika PRN Johor pada 2022 apabila MUDA mahu memperjuangkan golongan pertengahan (M40) dan mengurangkan karenah birokrasi serta kos menjalankan bisnes.
Meskipun isu-isu itu tampak penting tapi menunjukkan MUDA hanya mahu mempertahankan segelintir golongan sahaja dalam perjuangan mereka.
Seharusnya MUDA lebih menyelami masalah rakyat secara meluas sebelum merangka sebarang manifesto pada masa hadapan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/931268/tekad-muda-manifesto-prn-johor
Krisis dalaman MUDA bukan satu benda baharu dalam senario politik Malaysia.
Pengunduran beberapa pemimpin tertinggi, peletakan jawatan ahli dan kontroversi membabitkan bekas Presiden, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nyata memberi kesan negatif kepada imej parti tersebut.
Pengunduran pemimpin-pemimpin tertinggi MUDA menunjukkan bahawa terdapat masalah yang lebih mendalam dari aspek struktur dan pengurusan parti.
Keputusan mereka untuk meninggalkan parti memberi isyarat bahawa terdapat perbezaan pendapat yang ketara mengenai hala tuju dan masa depan parti.
Peletakan jawatan beberapa ahli MUDA turut menambah tekanan kepada parti yang masih muda ini.
Ahli-ahli yang meletakkan jawatan sering kali merujuk kepada kekecewaan terhadap cara parti diuruskan dan keputusan-keputusan yang diambil oleh kepimpinan tertinggi.
https://pru.sinarharian.com.my/info-berita/12562/apa-sudah-jadi-kepada-muda
Tuntasnya, MUDA hanya MUDA. MUDA terus mengalami krisis identiti yang sering kali menghambat usaha mereka untuk menonjolkan diri sebagai sebuah parti alternatif.
Tindakan MUDA yang keluar dari blok pembangkang untuk menjadi kuasa ketiga kerajaan bukanlah satu perkara bijak, di saat parti itu masih bertatih lagi dalam politik dan memerlukan sokongan lebih besar.
Bagaimana sebuah parti yang pada mulanya mahu memperjuangkan rasuah namun bekas Presidennya turut terlibat dalam jenayah itu?
Bagaimana sebuah parti yang mahu memperjuangkan reformasi dalam pentadbiran negara, hanya bersuara beberapa isu terpilih sahaja?
Contoh-contoh seperti ini yang membuatkan MUDA gagal menambat hati rakyat khususnya golongan sasaran seperti belia.
MUDA lebih banyak bereksperimen mencetuskan sensasi dan tidak serius dalam memperjuangkan isu rakyat secara kolektif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment