Saturday, May 4, 2024
Tidak Wajar Mahathir Tuduh Kerajaan, SPRM
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa undang-undang yang digunakan oleh kerajaan adalah untuk mengancam rakyat.
Mahathir mendakwa ancaman berkenaan dibuat kepada pihak yang gagal mematuhi arahan yang dibuat oleh kerajaan.
Dakwaan itu dilontarkan oleh Mahathir selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Mokhzani dan Mirzan berhubung salah laku mereka dalam urus niaga jual beli aset negara.
Mahathir turut mendakwa siasatan berkenaan adalah dibuat untuk memberkas beliau.
Dakwaan Mahathir dilihat sebagai satu siri tohmahan yang dibuat untuk merendahkan ketelusan pihak berkuasa di negara ini.
Mahathir mendakwa sukar bagi Mirzan dan Mokhzani mengemukakan semua transaksi yang dibuat oleh mereka dalam tempoh 40 tahun lalu.
Beliau mengatakan kebanyakan orang tidak menyimpan rekod aktiviti mereka dalam tempoh sepanjang itu.
Mahathir bagaimanapun tidak boleh menjadikan kesulitan itu sebagai alasan untuk mengelak daripada mengemukakan maklumat yang diperlukan oleh SPRM.
Tuntutan berkenaan adalah satu bentuk proses SPRM dalam memastikan Mirzan dan Mokhzani tidak berdepan sebarang salah laku.
Dalam kes ini, siasatan SPRM bertujuan untuk memastikan kebenaran dan keadilan, bukan mahu menjatuhkan atau mengancam rakyat.
Mahathir juga harus ingat bahawa dakwaan terhadap Mirzan dan Mokhzani dibongkarkan menerusi Kertas Pandora sebelum ini.
Maka, SPRM hanya menjalankan tugas mereka sebagai pihak berkuasa di negara ini untuk menyiasat dakwaan Kertas Pandora.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1213618/isytihar-harta-sprm-beri-mirzan-mahathir-30-hari-lagi
Mahathir mendakwa undang-undang ketika ini adalah untuk mengancam rakyat.
Sebaliknya, Mahathir harus tahu bahawa siasatan terhadap salah laku urus niaga aset negara adalah penting dalam menggerakkan Malaysia ke arah negara maju.
Penganalisis ekonomi turut menyatakan sekiranya Malaysia mahu mencapai status negara maju, pentadbiran negara perlu lebih berintegriti dan amanah.
Selain itu, siasatan tersebut perlu dibuat bagi membantu kerajaan memulihkan semula aset yang hilang atau dirampas daripada negara.
Tindakan tersebut wajar dalam memulihkan keadaan kewangan negara dan memastikan dana awam digunakan untuk pembangunan serta kemakmuran rakyat.
Justeru, tidak timbul isu undang-undang ketika ini bertujuan untuk mengancam rakyat dan sebagainya. Sejak anak-anaknya disiasat oleh SPRM, Mahathir kerap kali mengeluarkan kenyataan berbentuk dakwaan terhadap pihak lain.
Mahathir turut memberikan alasan demi alasan berhubung tuntutan pihak berkuasa terhadap Mirzan dan Mokhzani.
Dalam konteks psikologi, Mahathir seolah-olah mahu mengelak sebarang perhatian daripada dirinya kepada pihak lain.
Mahathir juga seolah-olah risau atau bimbang tentang reputasinya sebagai bekas Perdana Menteri sekiranya anak-anaknya didapati bersalah. Tambahan pula, Mahathir sebelum ini sering kali mempertahankan kejayaan anak-anaknya atas usaha diri sendiri tanpa bantuan beliau.
Pemerhati politik turut berpandangan sekiranya Mirzan atau Mokhzani tidak melakukan sebarang kesalahan, tiada asbab Mahathir perlu mengemukakan sebarang kenyataan atau dakwaan terhadap kerajaan serta pihak berkuasa.
Selain itu, pemerhati politik mengatakan siasatan pihak berkuasa ketika ini terhadap anak-anak Mahathir adalah lebih lembut berbanding zaman beliau menjadi Perdana Menteri.
Tuntasnya, dakwaan Mahathir terhadap siasatan SPRM tidak sepatutnya berlaku di saat negara mahu meningkatkan sistem integriti dan membendung penyalahgunaan kuasa.
Siasatan SPRM hanya berpandukan kepada dakwaan yang dibuat oleh Kertas Pandora terhadap Mirzan dan Mokhzani.
Mahathir tidak perlu gusar sekiranya beliau merasakan anak-anaknya adalah telus dalam soal urus niaga dan transaksi mereka sepanjang bergelar ahli perniagaan.
SPRM hanya menjalankan tugas dan rakyat juga mahu tahu tentang kebenaran di sebalik dakwaan Kertas Pandora terhadap Mirzan serta Mokhzani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment