Friday, March 7, 2025

Hipokrasi Mahathir Tentang 'Kekayaan'


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa kerajaan selalu membantu orang yang lebih kaya.

Dakwaan Mahathir itu dilemparkan menerusi ciapan di laman X rasminya.

Mahathir mengulas tentang pelaburan negara di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

Beliau juga mendakwa negara kerugian apabila menjual air mentah pada harga murah dengan Singapura.

Namun, adakah Mahathir lupa bahawa beliau merupakan individu yang sering membantu golongan kaya khususnya di negara ini sehingga membuatkan rakyat biasa terpinggir?

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331563/kos-rawat-air-mentah-lebih-tinggi-berbanding-beli-dari-singapura


Dakwaan Mahathir seolah-olah menggambarkan sistem di negara ini, direka untuk membantu mereka yang lebih kaya.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan mencetuskan persoalan sama ada beliau benar-benar menghayati prinsip keadilan sosial atau tidak.

Rekod pentadbiran Mahathir penuh dengan dasar-dasar yang cenderung memberi keutamaan kepada golongan elit.

Salah satu contoh yang paling jelas adalah dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan semasa era Mahathir.

Projek mega seperti pembangunan infrastruktur di bandar-bandar besar, pelaburan dalam industri besar dan pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan Mahathir merupakan realiti yang tidak dapat disangkal.

Dasar-dasar berkenaan tidak serta-merta menyentuh kehidupan rakyat biasa yang masih bergelut dalam kekurangan akses kepada peluang ekonomi serta kemudahan asas pada masa itu.

SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420694/kronisme-ciptaan-dr-mahathir-lebih-teruk


Di bawah pentadbiran Mahathir, dasar ekonomi sering kali disusun dengan mempertimbangkan 'kepentingan' pemain utama dalam ekonomi negara.

Syarikat-syarikat besar dan konglomerat mendapat banyak manfaat melalui kontrak kerajaan, galakan pelaburan asing dan insentif-insentif fiskal yang besar.

Walaupun usaha-usaha berkenaan meningkatkan profil ekonomi negara di peringkat antarabangsa, namun juga mengakibatkan pengagihan kekayaan yang tidak seimbang.

Inisiatif seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan untuk mengatasi jurang ekonomi antara kaum, secara zahirnya hanya memberi manfaat kepada golongan elit tertentu.

Banyak pemimpin dan usahawan Melayu yang telah diberi keistimewaan untuk menguasai sektor-sektor penting ekonomi, sementara rakyat biasa tidak mendapat peluang yang setimpal.

Ironinya, Mahathir sendiri selama bertahun-tahun telah memainkan peranan utama dalam 'menyokong' struktur ekonomi yang demikian.

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/06/29/nasib-melayu-gagal-semasa-tun-m-berkuasa/


Salah satu aspek penting dalam pemerintahan Mahathir adalah gaya kepimpinan autokratiknya yang menolak elemen prinsip keadilan sosial.

Dalam usaha mengekalkan kestabilan politik dan ekonominya, Mahathir sering menggunakan pendekatan yang berpusatkan kepada kuasa pemerintahannya.

Tindakan seperti kawalan media, penindasan terhadap pembangkang dan pelaksanaan mekanisme undang-undang 'berat sebelah' untuk mengukuhkan kedudukannya telah menyumbang kepada iklim politik tidak kondusif.

Akibatkan golongan yang tidak berkuasa khususnya rakyat biasa terpinggir dalam sistem yang memihak kepada individu berpengaruh.

SUMBER: https://sosialis.net/2018/09/03/mahathir-pertahankan-kronisme/


Tuntasnya, naratif yang cuba dibawa oleh Mahathir sebenarnya telah berlaku sepanjang pemerintahannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Realitinya, banyak dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakannya sebelum ini hanya menyumbang kepada pengagihan kekayaan yang 'tempang'.

Mahathir sendiri sepatutnya perlu mengakui zaman pemerintahannya lebih banyak memihak kepada golongan kaya dan elit serta membiarkan rakyat biasa terus terpinggir.

Pembangunan ekonomi tidak seharusnya hanya menguntungkan mereka yang sudah kaya tetapi turut memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat.

Dalam konteks ini, Mahathir tidak layak untuk berbicara tentang dasar ekonomi kerajaan ketika ini, walhal beliau juga memiliki 'kelemahan' tersendiri sewaktu bergelar Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment

Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price

Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...