Wednesday, March 12, 2025
Mahathir Guna Tuduhan Kronisme Serang Pemimpin Lain
Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mendakwa anak kepada salah seorang bekas Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan niat untuk menggunakan kedudukan bapanya bagi mengaut kekayaan.
Individu berkenaan adalah Tan Sri Kamaluddin Abdullah.
Namun dakwaan tersebut disangkal dengan tegas oleh Kamaluddin dan menyatakan tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu atau melakukan perkara terbabit.
Menurut Kamaluddin, Mahathir jelas sangat kecewa dan marah terhadap banyak perkara serta individu.
Timbul persoalan tentang sama ada naratif itu sengaja dibawa oleh Mahathir untuk mencetuskan kebencian dalam kalangan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri lain selain beliau.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2025/01/12/saya-dengan-tegas-menafikan-kenyataan-mahathir-kamaluddin/
Secara umumnya, dakwaan yang dikeluarkan oleh Mahathir boleh dilihat sebagai satu strategi untuk mengalihkan perhatian daripada kelemahan dasar-dasar dan kegagalan beliau semasa memegang tampuk pemerintahan negara.
Melalui penyebaran naratif berkenaan, Mahathir seolah-olah cuba menjejaskan reputasi bekas pemimpin tersebut dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
Meskipun dakwaan itu dinafikan secara tegas, namun perkara itu telah mencetuskan perbincangan hangat antara penyokong dan penentang Tun Abdullah.
Naratif sedemikian bukan sahaja tidak membina, malah mencetuskan iklim politik yang berasaskan fitnah dan penuh kecurigaan.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2021/02/02/dr-mahathir-perdana-menteri-yang-gagal/
Sukar untuk menafikan bahawa Mahathir dan anak-anaknya sering terlibat dalam kontroversi berkaitan isu kronisme.
Sepanjang tempoh pemerintahannya, dasar-dasar yang dilaksanakan sering kali memihak kepada golongan elit yang rapat dengan beliau.
Hubungan kekeluargaan dan 'keakraban' antara Mahathir serta kroninya telah menyebabkan pengagihan kekayaan yang tidak seimbang.
Malahan, tindakan kronisme Mahathir telah mengakibatkan asas keadilan dan integriti dalam sistem pentadbiran negara menjadi kacau-bilau pada era pemerintahannya.
Kronisme yang berleluasa ketika zaman pemerintahan Mahathir turut memburukkan persepsi rakyat terhadap keupayaan sistem politik negara untuk menyediakan peluang yang adil kepada semua orang.
Bagaimanakah seseorang yang selama ini terlibat secara langsung dalam sistem kronisme boleh menuntut integriti daripada pihak lain?
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2022/05/19/amalan-mahathir-crony-is-king-hasilkan-melayu-kurang-berjaya-ahmad-maslan/
Jika Mahathir benar-benar ikhlas mahu menentang kronisme, beliau harus mencadangkan satu mekanisme lebih telus untuk menyiasat semua bentuk penyalahgunaan kuasa. termasuk yang berlaku semasa pemerintahannya sendiri.
Namun, sejarah menunjukkan bahawa beliau hanya memilih untuk menyerang musuh politiknya tanpa mencermin dirinya sendiri.
Sebagai contoh, mengapa beliau tidak mencadangkan satu siasatan bebas terhadap semua bekas pemimpin, termasuk dirinya sendiri?
Mengapa Mahathir tidak bersuara tentang perniagaan anak-anak serta kroninya yang didakwa mendapat keistimewaan ketika beliau berkuasa?
Sikap hipokrit seperti ini jelas menunjukkan bahawa serangan beliau terhadap anak Tun Abdullah hanyalah satu lagi langkah politik untuk memastikan pengaruhnya masih relevan dalam arena politik negara.
SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/420694/kronisme-ciptaan-dr-mahathir-lebih-teruk
Naratif yang dibawa oleh Mahathir bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun tetap membimbangkan kerana mencetuskan budaya politik yang bersifat toksik.
Cubaan untuk menanam kebencian terhadap bekas Perdana Menteri lain, Mahathir sebenarnya mengaburkan realiti bahawa beliau sendiri lebih banyak terpalit dengan isu kronisme.
Malaysia memerlukan politik yang lebih matang, berasaskan fakta dan integriti, bukan tuduhan liar yang bertujuan untuk menjatuhkan individu tertentu demi kepentingan peribadi.
Sebarang dakwaan Mahathir terhadap individu atau pemimpin lain harus dilihat dengan penuh skeptikal.
Sejarah telah membuktikan bahawa Mahathir lebih 'mahir' dalam mencipta naratif kebencian berbanding membawa penyelesaian yang benar-benar membina untuk negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment