Friday, May 2, 2025
Langkah Kuasa Ketiga MUDA Tak Menjadi
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada September 2023 mengambil keputusan keluar dari blok kerajaan selepas mereka mendakwa berlaku percanggahan prinsip perjuangan.
MUDA mengatakan mereka mahu menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara.
Namun, sehingga kini, MUDA dilihat masih terumbang-ambing tanpa kerangka politik kukuh, jentera akar yang mantap atau dasar-dasar berimpak tinggi.
Daripada sudut politik, kegagalan tersebut berpunca daripada pelbagai faktor.
SUMBER: https://www.hmetro.com.my/utama/2023/09/1008654/kerajaan-hilang-majoriti-dua-pertiga-strategi-arm-twisting-syed-saddiq-pakar
Keputusan Syed Saddiq menarik sokongan MUDA daripada kerajaan kononnya sebagai protes terhadap isu-isu rasuah tidak disusuli dengan pelan yang berkesan.
Kerusi tunggal MUDA iaitu Muar milik Syed Saddiq tidak mengubah komposisi Dewan Rakyat secara material.
Sebaliknya, tindakan berkenaan secara tidak langsung mengasingkan MUDA daripada akses pembuatan dasar yang sepatutnya menjadi platform bagi parti kecil menyerlah.
Selain itu, selepas MUDA keluar daripada blok kerajaan, tidak wujud kempen di media sosial atau media massa mendesak reformasi pemerintahan negara dan retorik anti-rasuah gagal diperjuangkan secara menyeluruh.
Tindakan tanpa 'exit strategy' ini menonjolkan imej MUDA sebagai parti yang hanya menjual prinsip berbanding memperjuangkan politik sebenar.
SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/278484/berita/politik/muda-tarik-sokongan-terhadap-kerajaan-perpaduan-demi-prinsip
Sejak MUDA ditubuhkan pada 2020, fokus orang ramai lebih terarah kepada personaliti Syed Saddiq.
Syed Saddiq seolah-olah menjadi 'one-man show' bagi membawa nama MUDA.
Namun isu mahkamah melibatkan Syed Saddiq telah menjejaskan reputasi MUDA secara kolektifnya.
Malah, langkah 'one-man show' yang sebati dengan MUDA telah memakan diri sendiri kerana tiada tokoh lain lebih berwibawa diketengahkan oleh parti tersebut sehingga kini.
Demografik pengundi juga tidak memihak kepada MUDA kerana rata-rata mereka yang menyokong parti berkenaan adalah golongan bandar.
Kebanyakan golongan luar bandar cenderung untuk memilih parti yang terbukti rekodnya seperti Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-didapati-bersalah-tuduhan-pecah-amanah-salah-guna-harta-ubah-wang-haram-445320
MUDA mungkin cemerlang di media sosial namun parti tersebut masih berdepan krisis sumber yang berupaya untuk melonjakkan mereka ke tahap lebih tinggi.
MUDA dilihat banyak bergantung kepada sumbangan orang ramai dan perkara itu menyukarkan mereka untuk menyaingi parti-parti besar lain khususnya ketika kempen pilihan raya.
Selain itu, naratif politik pembangkang banyak dikawal oleh Perikatan Nasional (PN) dan MUDA dilihat sukar untuk 'mencelah'.
Parti berkenaan harus memikirkan kerjasama masa depan mereka secepat mungkin memandangkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dijangka berlaku dalam tempoh 1-2 tahun lagi.
MUDA berisiko dipinggirkan sekiranya tidak menilai semula usaha untuk membentuk pakatan bersama parti-parti besar.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/03/26/prk-ayer-kuning-psm-muda-berkemungkinan-kecundang-menurut-penganalisis
Tuntasnya, MUDA gagal menjadi kuasa ketiga setakat ini kerana masih terperangkap antara idealisme mereka dan politik sebenar.
Mereka hanya lantang di media sosial namun belum menunjukkan 'taring' di peti undi.
Keputusan keluar blok kerajaan pada 2023 telah menutup pintu bagi MUDA menterjemahkan reformasi kepada bentuk dasar-dasar politik berkesan.
Langkah 'one-man show' MUDA juga tidak membuahkan hasil, sebaliknya parti berkenaan terpaksa menelan kepahitan akibat kes mahkamah Syed Saddiq yang masih berjalan.
Nasib MUDA dalam pilihan raya akan datang juga masih belum jelas dan hanya masa boleh menentukan tindakan seterusnya daripada kepimpinan parti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment