Thursday, June 5, 2025
Kenyataan MUDA Hanya Angan-Angan
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning baru-baru ini, menunjukkan rakyat semakin bersedia menerima kuasa politik baharu.
Namun, berdasarkan angka majoriti undian yang diperoleh oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), kenyataan itu tidak selari dengan realiti sebenar.
Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Mohamad Yusri menang dengan majoriti 5,006 undi setelah meraih 11,065 undi menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional (6,059 undi) dan calon PSM, Bawani KS (1,106 undi).
Calon PSM yang disokong oleh MUDA hanya memperoleh sekitar 6.07 peratus undian.
Angka berkenaan itu sangat kecil dalam konteks demokrasi pilihan raya.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/741602
MUDA tidak seharusnya menjadikan keputusan PRK Ayer Kuning sebagai penanda aras bahawa rakyat mula menerima kuasa politik baharu.
Parti itu sering membawa naratif bahawa mereka atau parti kecil lain sebagai wajah politik baharu.
Namun, naratif tersebut tidak diterjemahkan menerusi kepercayaan besar daripada rakyat atau pengundi.
Sokongan terhadap politik baharu masih terhad dan masih ramai lebih mempercayai parti-parti dominan lain seperti PH dan BN.
MUDA seolah-olah cuba menyatakan keputusan PRK itu adalah sebagai satu 'kejayaan' namun tidak mengubah hakikat bahawa sokongan sebenar rakyat belum memihak kepada parti kecil seperti PSM.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/03/26/prk-ayer-kuning-psm-muda-berkemungkinan-kecundang-menurut-penganalisis
Satu perkara yang MUDA terlepas pandang adalah kekuatan dan kepentingan akar umbi dalam politik Malaysia.
Parti dominan kekal relevan bukan semata-mata kerana ideologi yang dibawa, namun kerana jentera mereka di peringkat cawangan atau bahagian mampu menyantuni rakyat secara konsisten.
Sebaliknya, parti kecil seperti MUDA gagal membina jentera akar umbi yang ampuh.
Sebagai contoh, MUDA lebih banyak berkempen menerusi laman media sosial seperti X dan TikTok.
Langkah itu bagaimanapun tidak cukup untuk meyakinkan rakyat untuk mengundi parti kecil seperti MUDA atau PSM. Dalam kes MUDA, mereka mengetengahkan konsep politik baharu yang kononnya bebas rasuah, berintegriti dan berpaksikan idealisme anak muda.
Namun, sejak tertubuhnya parti berkenaan, tidak banyak pencapaian konkrit yang ditunjukkan.
Malah, kredibiliti parti tersebut turut terjejas dengan isu peribadi dan kontroversi pengasas MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kes penyelewengan dana.
Bagaimana rakyat mahu menerima kuasa politik baharu apabila parti seperti MUDA memiliki pemimpin yang terpalit dengan imej negatif?
Dalam politik, persepsi amat penting dan persepsi terhadap MUDA kini semakin kabur serta bercelaru.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/syed-saddiq-didapati-bersalah-tuduhan-pecah-amanah-salah-guna-harta-ubah-wang-haram-445320
Tuntasnya, kenyataan MUDA yang mendakwa rakyat kini terbuka kepada kuasa politik baharu selepas PRK Ayer Kuning adalah satu tanggapan yang tidak tepat.
Realitinya, keputusan PRK itu tidak menunjukkan peralihan besar ke arah kuasa ketiga, malah mengekalkan pola lama iaitu parti arus perdana masih menjadi pilihan utama rakyat.
MUDA harus berhenti mencipta naratif untuk menyedapkan hati dan mula bekerja keras membina sokongan akar umbi, menyusun struktur organisasi dengan lebih kemas dan meletakkan calon-calon yang benar-benar berwibawa.
Buat masa ini, dakwaan MUDA bahawa rakyat sudah bersedia menerima mereka hanyalah satu angan-angan politik yang boleh memakan diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...



No comments:
Post a Comment