Thursday, October 2, 2025
Mahathir 'Ikon Perebutan' Jawatan Perdana Menteri
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan ahli politik tidak perlu berebut jawatan Perdana Menteri.
Ujarnya, sebaiknya soal pemilihan calon Perdana Menteri boleh dilakukan selepas mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ironinya, inilah individu yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali.
Malah masih cuba kembali buat kali ketiga walaupun usianya kini sudah mencecah satu abad.
Kata-kata Mahathir seolah-olah beliau benar-benar mahu melihat kestabilan politik negara namun rekodnya sendiri menceritakan kisah yang berbeza.
SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/06/27/dr-m-punca-perpecahan-orang-melayu-kata-penganalisis
Kali pertama Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981 hingga 2003.
Era tersebut dikenang sebagai tempoh pembangunan pesat tetapi juga penuh kontroversi, daripada krisis kehakiman sehingga operasi politik yang melemahkan pesaing Mahathir.
Selepas bersara, beliau sering memberi kritikan terhadap penggantinya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau juga sering mengkritik pemimpin Melayu lain sebagai gagal menjaga orang Melayu, tetapi selepas 22 tahun berkuasa, masalah struktur sosioekonomi orang Melayu masih belum selesai.
Namun, pada 2018, Mahathir membuat 'comeback' mengejut dengan bergabung bersama musuh politik lamanya, DAP dan PKR.
Beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2023/01/20/dr-mahathir-perlu-henti-mengkritik-beri-idea-yang-membina/
Selepas krisis 'Langkah Sheraton' pada 2020, Mahathir meletakkan jawatan.
Sejak itu, beliau mendakwa tidak lagi mahu memegang jawatan Perdana Menteri tetapi hakikatnya Mahathir tetap cuba mencari untuk kembali berkuasa.
Mahathir menubuhkan Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA), jelas bertujuan membuka laluan politik baharu untuk dirinya.
Malah, kenyataan-kenyataan Mahathir ketika itu menunjukkan beliau masih menaruh harapan menjadi Perdana Menteri kali ketiga.
Walaupun Mahathir tewas di Langkawi iaitu kekalahan paling memalukan dalam karier politiknya namun naratif bahawa beliau mahu kembali berkuasa tidak pernah padam.
Mahathir masih cuba menguasai wacana politik dengan retorik Melayu dan kritikan berterusan terhadap kerajaan semasa.
SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/95590/berita/politik/dr-mahathir-sekali-lagi-pecah-belahkan-melayu
Faktor terbesar Mahathir gagal untuk kembali menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga ialah kerana sokongan rakyat tidak lagi sama seperti PRU-14.
Pada 2018, rakyat melihat beliau sebagai simbol penentangan terhadap kerajaan ketika itu.
Beliau menunggang gelombang reformasi yang dibawa PH namun selepas itu, persepsi berubah.
Ramai menganggap Mahathir gagal menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebabkan tumbangnya kerajaan PH.
Kekecewaan itu membuatkan rakyat tidak lagi mempercayai keikhlasan Mahathir.
Tambahan pula, generasi muda yang kini menjadi pengundi majoriti tidak mempunyai sentimen nostalgia terhadap 'era pembangunan Mahathir' seperti generasi terdahulu.
Bagi mereka, Mahathir hanyalah tokoh lama yang sering mengundang perpecahan.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/623472
Pada usia 100 tahun, Mahathir sudah tidak lagi relevan untuk memimpin negara yang kini berdepan cabaran teknologi, ekonomi global dan geopolitik moden.
Dua kali Mahathir menjadi Perdana Menteri, dua kali negara berakhir dengan krisis politik negara.
Sukar untuk rakyat percaya Mahathir buat kali ketiga akan membawa hasil yang berbeza.
Jika Mahathir benar-benar mahu melihat kestabilan, nasihat 'jangan berebut jadi Perdana Menteri' sepatutnya ditujukan kepada dirinya sendiri terlebih dahulu.
Cukuplah dengan percubaan untuk menjadi Perdana Menteri.
Impian untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga hanyalah angan-angan kosong seorang ahli politik veteran yang tidak mahu melepaskan kuasanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah, Sarawak And Malaysia Are Paying Mahathir's Price
Dr Mahathir Mohamad now insists that Sabah and Sarawak owe their prosperity to the federation and to federal “expertise” that supposedly unl...
-
Ketika Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), ramai ...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semakin menjadi perhatian sejak kebelakangan ini. Namun perhatian yang diperoleh oleh Syed...
-
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas penasihat Datuk Seri Naj...





No comments:
Post a Comment