Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ditubuhkan sebagai wadah politik anak muda yang ingin membawa perubahan.
Harapannya adalah MUDA akan menjadi alternatif yang segar kepada politik lama dan usang.
Namun, sejak penubuhannya, banyak isu dalaman yang tercetus.
Perbalahan dalam kalangan kepimpinan serta ahli-ahli dalam parti berkenaan menjadi bukti bahawa MUDA belum bersatu.
SUMBER: https://www.kosmo.com.my/2023/08/16/jangan-risau-saya-akan-letak-jawatan-luqman-long/
Salah satu isu yang tercetus dalam MUDA adalah keputusan parti tersebut untuk mempercepatkan tarikh pemilihan parti.
Pemilihan parti yang sepatutnya dibuat pada tahun ini, namun dilakukan pada tahun lalu.
Keputusan tersebut dibuat susulan terdapat isu ketidakpuasan hati kebanyakan ahli MUDA terhadap kepimpinan parti terbabit.
Desakan berkenaan berlaku kerana ahli-ahli MUDA merasakan suara mereka tidak didengari atau wujud perasaan bahawa kepimpinan parti lebih fokus kepada isu lain.
Mereka juga merasakan MUDA gagal membina asas dalaman parti yang lebih kukuh seperti sistem keahlian, pengurusan serta pelan tindakan lebih jelas.
SUMBER: https://focusmalaysia.my/muda-accelerates-party-election-amid-member-discontent
Usaha MUDA dalam pelbagai isu seperti keadilan sosial, kebajikan belia dan hak minoriti masih belum menunjukkan impak yang besar.
Tiada bukti yang jelas MUDA berjaya membawa usul dasar yang baik atau membawa perubahan besar kepada komuniti-komuniti yang memerlukan khususnya golongan belia.
Selain itu, MUDA juga dikritik tentang pendekatan mereka terhadap isu-isu berbentuk nasional.
Parti tersebut seolah-olah bersikap 'selektif' apabila melemparkan kritikan kepada isu-isu yang membabitkan ahli-ahli politik tertentu sahaja.
Sebagai contoh, MUDA melontarkan kritikan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu rasuah namun tidak berbuat perkara serupa kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang pernah didakwa terlibat skandal kewangan.
MUDA sebelum ini pernah menyokong kerajaan bagi mendapatkan sokongan para pengundi.
Namun, MUDA membuat keputusan untuk menarik diri selepas tidak bersetuju dengan pendirian kerajaan berhubung kes mahkamah Ahmad Zahid.
Situasi itu menyebabkan hubungan MUDA dan Pakatan Harapan (PH) menjadi semakin renggang.
Kedudukan MUDA kian terasing sejak pengunduran parti berkenaan daripada kerajaan khususnya dalam soal pelaksanaan dasar.
Malahan, tanpa hubungan yang kukuh dengan gabungan parti yang utama, MUDA berisiko menjadi parti yang cepat dilupakan apabila pilihan raya tiba.
Tuntasnya, perbalahan dalaman parti, reputasi yang terjejas serta kurangnya fokus kepada usul dasar berkesan memberi risiko besar kepada kelangsungan MUDA.
Dalam politik Malaysia, parti yang tidak mampu membina semangat ahli dan menyatukan kepimpinan dalam menghadapi pilihan raya akan kehilangan sokongan sedikit demi sedikit.
Apabila pilihan raya umum tiba, pengundi melihat bukan hanya janji dan idea tetapi kepimpinan yang menunjukkan kestabilan, keupayaan untuk membawa manfaat kepada rakyat serta kepercayaan awam yang meluas.
Jika MUDA gagal menangani konflik dalaman dan menyusun strategi yang jelas untuk usul dasar dan kerjasama politik, tidak mustahil parti berkenaan akan terus menjadi parti alternatif sementara, bukan parti arus perdana.
Mungkin MUDA akan terus wujud sebagai suara yang kecil dalam arena politik, tetapi pengaruhnya bakal pudar.
No comments:
Post a Comment