Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini diumumkan tersenarai sebagai peserta Ironman Malaysia edisi ke-10 tahun ini.
Pengumuman itu mencetuskan persoalan tentang komitmen Syed Saddiq yang sejak kebelakangan ini lebih banyak bertumpu kepada aktiviti sukannya.
Ada yang mempertikai kekerapan keberadaan Syed Saddiq di kawasan Parlimennya.
Ada juga yang melihat beliau lebih berminat untuk bertanding dalam kejohanan sukan berbanding memberi fokus kepada penduduk Muar.
Johor kini berada di fasa persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Fenomena itu merupakan musim hujan lebat yang sering membawa kepada risiko banjir serta berpotensi merosakkan infrastruktur di kawasan pesisir dan pendalaman khususnya.
Sebagai seorang wakil rakyat, Syed Saddiq sepatutnya memantau persiapan banjir di kawasan beliau, memastikan sistem amaran awal dan pusat pemindahan bersedia dengan segala kemungkinan.
Namun, apabila Syed Saddiq diumumkan menyertai Ironman Malaysia, timbul persepsi beliau lebih mengutamakan agenda peribadi berbanding tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.
Syed Saddiq sebelum ini berdepan kontroversi apabila projek Tunku Mahkota Ismail Youth Centre di Muar, ditegur oleh kerajaan negeri Johor kerana berdepan kelewatan daripada jadual sepatutnya.
Syed Saddiq pula cuba mengambil kredit daripada projek meskipun beliau gagal memantau pembinaan projek berkenaan.
SUMBER: https://www.nst.com.my/news/politics/2024/03/1026548/stop-acting-hero-syed-saddiq-told
Dalam konteks politik yang berasaskan demokrasi, rakyat menuntut ahli Parlimennya mendengar dan bekerja untuk membela kepentingan kawasan mereka.
Aktiviti seperti menyertai Ironman Malaysia bukanlah tugas utama wakil rakyat.
Apabila fokus Syed Saddiq lebih tertumpu kepada aktiviti sukannya, penduduk Muar terasa diabaikan, terutamanya ketika musim monsun dan projek-projek pembangunan tertangguh.
Imej 'aktif bersukan' mungkin membantu populariti Syed Saddiq di media sosial, namun tidak boleh menggantikan kerja-kerja menyantuni rakyat secara lebih dekat.
Sekiranya Syed Saddiq gagal menunjukkan prestasi cemerlang sebagai wakil rakyat, popularitinya akan merudum, terutamanya apabila persaingan pilihan raya makin sengit.
SUMBER: https://suara.tv/02/04/2024/e-mail-pembaca-syed-saddiq-tertekan-pulih-imej/
Melihat kepada media sosial kebanyakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor, mereka giat menjalankan aktiviti-aktiviti di kawasan mereka.
Aktiviti seperti program bantuan, lawatan dan aktiviti bersama rakyat setempat sering dihadiri oleh kebanyakan ADUN di negeri tersebut.
Walaupun nampak kecil atau remeh, namun perkongsian aktiviti bersama rakyat di media sosial merupakan strategi penting untuk orang ramai melihat komitmen seseorang ADUN berbakti kepada kawasan pengundinya.
Syed Saddiq bagaimanapun jarang berkongsi aktivitinya di Muar dan lebih gemar memuat naik perkembangannya ketika bersukan atau bersama selebriti.
Beliau hanya akan memuat naik isu-isu yang selektif dan kena dengan 'selera politiknya' di media sosial.
SUMBER: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/07/syed-saddiq-ahli-politik-muda-yang-banyak-masalah-puad/
Tuntasnya, Syed Saddiq sepatutnya memberi tumpuan kepada rakyat dan kawasan Parlimennya.
Menyertai Ironman Malaysia mungkin bagus untuk imejnya, namun belum mencukupi apabila sistem banjir tidak dipantau, projek dibelenggu kelewatan dan kehadiran di kawasan Parlimen diabaikan.
Ahli politik sebenar memberi perkhidmatan dan sentiasa hadir untuk rakyatnya, bukan sekadar mempamer kehebatan di podium sukan.
Sekiranya Syed Saddiq tidak mengambil perhatian tentang perkara ini, maka populariti beliau boleh merudum serta kepercayaan pengundi Muar akan pudar.
Syed Saddiq harus membuktikan kehadirannya di Muar adalah lebih penting daripada berdiri di atas podium Ironman.
No comments:
Post a Comment